Darahsatriadotcom

Monday, 1 July 2013

Mustahil Anwar Difitnah!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla tidak mungkin memfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan salah seorang rakan karibnya dalam kenyataan terbukanya baru-baru ini.
 
Sebaliknya, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yakin segala yang diperkatakan oleh Jusuf itu benar memandangkan tokoh politik Indonesia berkenaan amat memahami Anwar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh menerima kebenaran tersebut walaupun pahit dan bukannya terlalu 'sibuk' menjaga hal Anwar.

"Cukuplah tipu muslihat yang dilakukan. (Oleh itu) Nasihat saya kepada Karpal, jangan jaga tepi kain orang tetapi jagalah tanggungjawab yang rakyat telah amanahkan kepada kamu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari.

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang berpendapat pendedahan dibuat Jusuf tentang Anwar boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

Tambahan pula, Tuan Tat berkata, Anwar sehingga kini tidak marah kepada Jusuf berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh politik Indonesia itu.

''Mengapa Anwar tak balas ataupun marah terhadap Jusuf? Mengapa pula Karpal sibuk sangat tentang kenyataan ini?

''(Dalam isu ini) Biar Anwar yang balas, namun tidak akan Jusuf mahu fitnah kawan karibnya? Apa yang Jusuf buat itu adalah betul kerana beliau lebih faham tentang Anwar,'' katanya.

Pada masa sama, beliau hairan dengan tindakan Karpal yang terus memberi sokongan kepada Anwar.
''Apa lagi Karpal mahu sedangkan Anwar menjatuhkan maruah dan integriti pakatan?'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...