Darahsatriadotcom

Wednesday, 17 July 2013

PAS Perkakas DAP dan PKR!

BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara. 

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.


“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.

“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...