Darahsatriadotcom

Friday, 2 August 2013

Lim Guan Eng Hadapi Tekanan Besar!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu takut menghadapi pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu jika beliau benar-benar yakin terhadap ahli-ahlinya.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ini kerana, melihat kepada keadaan sekarang, Ketua Menteri Pulau Pinang itu ternyata takut dengan ramai perwakilan DAP itu sendiri.

Berikut adalah kenyataan Ruslan berhubung perkara tersebut;

Lim Guan Eng tidak perlu takut menghadapi pemilihan semula CEC jika beliau betul-betul yakin dengan ahli-ahlinya sendiri. Ternyata beliau takut dengan ramai perwakilan DAP itu sendiri. Maka sebab itu kita semua tidak hairan apabila ada dakwaan mengatakan wujudnya 547 perwakilan haram semasa pemilihan CEC pada Disember lalu. Tanpa perwakilan haram sudah tentu undi Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh akan merosot.

Kita suka melihat apabila Guan Eng dan Kit Siang memutar belit fakta dan bohong kepada kaum Cina untuk lepaskan tengkuk mereka. Kita biarkan Cina tipu orang Cina. Saya yakin kaum India dan Melayu tidak akan terpedaya dengan penipuan, pembohong dan hipokrasi Guan Eng dan Kit Siang.

Kita meminta pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya teruskan jalankan tugas mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan jangan terganggu dengan sandiwara politik dan putar belit kedua-dua anak dan bapa ini. Mereka tahu rahsia hitam politik mereka akan terbongkar dalam masa yang terdekat.

Kita juga seronok melihat kaum Cina taksub mendengar dan percaya kepada pembohongan dan penipuan Kit Siang dan Guan Eng seolah-olah ianya satu lagu yang indah dan merdu. Kemenangan Zairil Abdullah sebenarnya adalah satu perkara yang mustahil serta lucu.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...