Satu rakaman video yang menular dalam internet memaparkan seorang individu yang menyambut Aidilfitri bersama anjing mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam.
Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.
Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.
Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing.
Tinjauan BH di laman sosial Facebook mendapati video itu disebarkan secara meluas dan mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad, berkata perbuatan itu perlu dikenakan tindakan tegas.
“Tindakan beliau memaparkan sambutan Aidilfitri bersama anjing boleh mengelirukan umat Islam, walaupun ada mazhab membenar umat Islam membela anjing, namun dalam konteks negara kita, ia tidak sepatutnya berlaku.
“Kita perlu ada fatwa yang jelas tidak boleh buat sesuka hati, perbuatan ini jelas biadap,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...