Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk
pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan
Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan
dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era
pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk
menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya
menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri
sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
"Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi
ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi
undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani
kes-kes seperti ini (Syiah)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam
(Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama
Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.
Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan
pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk
penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.
Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama
negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa
berasa gentar.
Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak
dilakukan.
"Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri
lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu
menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif," katanya.
Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu
bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih
berkesan serta tidak berkompromi.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...