Darahsatriadotcom

Wednesday, 5 June 2013

Sandiwara Guan Eng Terbongkar!

Sebelum menyalahkan pihak lain, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menasihati rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu yang terus mengadakan siri perhimpunan haram kerana tindakan itu lebih menakutkan kemasukan pelabur asing.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan Anwar yang cuba mencetuskan keadaan huru-hara dengan mengadakan siri perhimpunan haram dilihat lebih berkesan menakutkan pelabur untuk melabur di negara ini. 

Akhirnya Anwar Yang Diliwat!

Dakwaan kemasukan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini jelas merupakan propaganda jahat pihak pembangkang bertujuan menghasut rakyat untuk membenci dan menentang kerajaan.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, panggilan 'penipu' cukup sesuai dilabelkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah lama bercita-cita untuk menguasai negara ini walaupun dengan cara bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Saya pernah bekerja di bawah PKR dahulu dan kami memang dididik untuk membuat propaganda serta penipuan bagi memusnahkan agenda kerajaan tanpa memikirkan nasib rakyat.

Pemimpin Pembangkang Bacul!

Pemimpin pembangkang perlu menyatakan pendirian berhubung tindakan sekumpulan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial Facebook, Sabtu lalu.
 
Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Haris Che Mat berkata, sehingga kini, tiada pemimpin pembangkang tampil membuat kenyataan mengutuk tindakan biadap tersebut yang jelas menghina institusi diraja.

Sedangkan, katanya, mereka selama ini merupakan juara dalam mengeluarkan kenyataan mengenai pelbagai isu di negara ini.

Berita Baik Buat Penjawat Awam...

Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik secara berlebihan kerana ia hanya menyebabkan masa terbuang untuk negara terus melangkah ke hadapan.

Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya penjawat awam memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan amanah lebih besar, diberikan rakyat selepas Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).



Selain itu, katanya, sebagai warga negara Malaysia yang juga pengamal demokrasi matang, rakyat bukan hanya perlu setakat mengakui proses demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini, malah juga menerima proses itu selepas ia selesai.

Dari Jauh Tun M Bersuara...

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. 
 
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara. 

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja. 

Nurul Izzah Kembali Ceria...

Kota Kinabalu: Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, menjelaskan larangan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, ke negeri ini hanya untuk malam penutupan Pesta Kaamatan. 

Beliau berkata, ia dilakukan untuk tujuan keselamatan berdasarkan laporan keselamatan yang diterima.