Darahsatriadotcom

Thursday, 20 June 2013

Anwar Malukan Diri Sendiri...

Umno menyifatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memperkatakan ketirisan berlaku dalam PRU13 lalu hanya tindakan memalukan diri sendiri. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, apa juga dakwaan Anwar dilihat tidak memberikan sebarang impak negatif terhadap pemimpin kerajaan BN.


Menurutnya, pemimpin luar negara sedia tahu perkara sebenar dan tidak mudah termakan tohmahan parti pembangkang. 
 
“Saya tidak hairan tindakan sedemikian. Itulah sikap sebenar mereka (PR) yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan mereka. 

 
“Saya percaya, pemimpin luar negara juga sudah mengetahui agenda tersebut. Jika ada yang tidak puas hati, selesai cara profesional di mahkamah,” katanya.

Anwar Tidak Tetap Pendirian...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan tembelangnya sebagai seorang ahli politik yang tidak berpegang pada pendirian dan selalu membohongi rakyat.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, sifat Anwar yang seperti 'sesumpah politik' itu semakin menonjol apabila beliau hari ini mengesahkan kesemua 89 Ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, 24 Jun ini.

Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) mempersoalkan kenyataan terbaharu Anwar itu kerana bercanggah dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kerana mendakwa kononnya wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pembangkang Terdesak Capai Cita-Cita...

Usaha bersungguh-sungguh pembangkang menarik sokongan orang ramai agar menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Sabtu ini, dipercayai langkah terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-cita memerintah negara ini.

Sumber berkata, sasaran pembangkang untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan tersebut bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar iaitu bagi merealisasikan cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Semasa perhimpunan pada Sabtu ini, peserta yang hadir dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin pembangkang ke Padang Merbok di sini.

Cara Anwar Rampas Kuasa!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus galak menganjurkan perhimpunan jalanan dilihat bermotif untuk merampas kuasa kerajaan dengan membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, perhimpunan itu juga bermatlamat menghasut penyokong beliau dan seterusnya memaksa Barisan Nasional (BN) menyerahkan kerajaan kepada beliau.

"Beliau sedar karier politiknya semakin ke penghujung, akibat terlampau taksub dan pentingkan diri, beliau mahu seluruh rakyat turut sengsara bersamanya.

Kaedah Untuk Jamin Survival Bangsa!

Hakikat bahawa semakin banyak desakan termasuk dariapda kalangan cendikiawan Cina sendiri supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan, menunjukkan kebimbangan terhadap tahap perpecahan kaum di negara ini sekarang, dikongsi oleh majoriti rakyat. 

Kecuali pertubuhan pendidikan cauvinis Cina dan parti politik yang menjadikan isu perkauman sebagai talian hayat perjuangan mereka, semua pihak mengakui dasar yang membenar dan menggalakkan kehadiran sekolah jenis kebangsaan menjadi penghalang utama perpaduan kaum.

Dulu, istilah perpaduan nasional jadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang”

PAS Harapkan UMNO Hulurkan Bantuan!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melahirkan harapan agar hubungan dua hala antara kerajaan Pas Kelantan dan Kerajaan Persekutuan diperkukuhkan demi agama Islam dan kemasalahan rakyat negeri ini.

Justeru, beliau meminta para Exco yang dilantik supaya memainkan peranan dan mengambil inisiatif masing-masing agar sebarang kerjasama dan hubungan erat dapat dijalin.

Beliau turut menyatakan kesyukuran kerana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memberi keyakinan dan tanggapan baik kepadanya untuk menjalankan tugas mentadbir Kelantan ke arah yang lebih baik.