Darahsatriadotcom

Sunday, 30 June 2013

Mampukah BN Memerintah PRU14?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk memulakan kerja dari sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Jelasnya, tempoh lima tahun bukan satu masa yang panjang untuk masing-masing berlengah-lengah atau berehat ekoran kepenatan bekerja ketika pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menggalas tugas dan tanggungjawab lebih besar untuk menyelesaikan tuntutan rakyat yang mahukan negara lebih maju, demokrasi lebih matang dan sistem kerajaan yang adil.

Anwar Terlalu Biadap!

Sikap tamakkan kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim terserlah apabila Ketua Pembangkang itu tergesa-gesa ingin merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang kosong selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap yang ditunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut jelas tidak menghormati keluarga Allahyarham yang masih bersedih.

"Saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersabar dahulu kerana bagi kami perlu hormati keluarga arwah yang masih sedih atas pemergian Allahyarham.

"Inilah sikap orang politik pembangkang, baginya itu adalah perkara yang menggembirakan, kemudian tunjuk sikap tamak untuk terkam kerusi di situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pakatan Pembangkang Terjejas!

Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Gara-Gara Flash Mob...

Polis mengingatkan pihak yang ingin menganjurkan flash mob di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini Isnin ini supaya tidak meneruskan hasrat itu kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, bagaimanapun berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima maklumat mengenai penganjuran flash mob tersebut.

“Namun saya ingin nasihatkan mereka supaya jangan buat, kita ada peraturan dan undang-undang. Jangan ikut kesenangan anda sahaja, orang lain pun tidak mahu diganggu kehidupan mereka.

“Kita tidak akan menangkap mereka, cuma kita akan tentukan ini adalah satu pelanggaran undang-undang dalam menentukan keselamatan orang lain terjamin," katanya.