Darahsatriadotcom

Monday, 1 July 2013

DAP Takut Tembelang Pecah!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu berterus-terang dan memberi penjelasan sama ada pimpinan tertinggi parti berkenaan benar-benar mengharapkan pendaftaran parti itu dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, dakwaan berlakunya proses pemindahan pemilikan aset DAP kepada beberapa individu merupakan perkara serius yang memerlukan penjelasan Guan Eng mengenai hala tuju parti itu.

"Arahan ROS adalah pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP diadakan semula tetapi sampai sekarang masih belum ada lagi, semua orang tertanya-tanya adakah Guan Eng mengharapkan pendaftaran parti itu dibatalkan kerana hendak menyingkirkan kumpulan yang tidak menyokongnya.

Mustahil Anwar Difitnah!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla tidak mungkin memfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan salah seorang rakan karibnya dalam kenyataan terbukanya baru-baru ini.
 
Sebaliknya, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yakin segala yang diperkatakan oleh Jusuf itu benar memandangkan tokoh politik Indonesia berkenaan amat memahami Anwar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh menerima kebenaran tersebut walaupun pahit dan bukannya terlalu 'sibuk' menjaga hal Anwar.

Tiada India Dalam 'Kamus' DAP!

Ahli DAP berketurunan India didakwa bakal menjadi mangsa yang tidak akan dipilih untuk menyertai DAP baharu sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). 
 
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang menyatakan perkara itu memberitahu, kumpulan pertama yang pastinya disingkirkan oleh 'geng' pemimpin tertinggi utama DAP adalah 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) lalu. 

''Oleh itu, memang benar perkara ini berlaku (dakwaan pemindahan pemilikan aset DAP). Mereka pindah atas nama-nama orang kepercayaan dia (Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng) dengan harapan parti kini dibatalkan dan tubuh yang baharu serta semua dianggotai oleh geng dia.

''Ini memang rancangan dia (Guan Eng dan bapanya). Kebanyakan yang dia nak singkirkan ialah ahli India terutama 753 orang itu,'' katanya.

DAP Mengajak PAS Berbuat Jahat!

Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.

Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.

Pendedaan : Anwar Berkhayal!

Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.