Beberapa pengendali laman blog mula melancarkan 'perang' terhadap pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang terus mencipta kontroversi mempersenda kedatangan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh yang tertera logo halal.
Blog MyKMU.net (http://www.mykmu.net) yang memaparkan tajuk 'Hina, cemar sensitiviti umat Islam dianggap kelakar?' oleh dukeofmontecristo menegaskan pasangan yang popular dengan panggilan Alvin dan Vivian itu boleh dianggap layak dilucutkan kewarganegaraan kerana mencetuskan kemarahan umat Islam.
"Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di Singapura.
"Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas blog berkenaan.