Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 15 July 2013

Teachers Are PAS Agent?

Like we all know, Perhentian Island is a popular tourist destination in Malaysia. It was named as one of the 10 most beautiful Islands in the whole world. The beauty of Perhentian Island sandy beaches and golden shores has attracted thousands of tourist since years ago. 

Other than that, Perhentian Island is also one of the 9 voting centre in the Kuala Besut constituency. With 733 registered voters, the Island would be one of the target by both parties who are currently having a showdown in the 24th of July 2013. 

Sadly, no one knows that the beauty of Perhentian Island is marred by the low quality education that is currently plaguing the school children.  
 
It was said that the teacher’s attitude is the factor that has created a very low quality of education for these children.  

DAP Cerdik! PAS, PKR...

Sekali air bah sekali pantai berubah. Kedudukan wakil-wakil dalam Dewan Rakyat turut berubah. Ada kalangan Ahli Parlimen yang sebelum ini menteri kabinet kembali ke zon penyokong kerajaan (backbencher).

Malahan bekas peguam tersebut, sebenarnya ingin membuktikan kepada rakyat Malaysia - bahawa pembangkang hanya pandai menimbulkan persepsi songsang di mata rakyat negara ini, bukanlah ‘lebih popular dan layak mentadbir negara’ berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Jika mereka mengguna pakai undi popular sebagai petunjuk untuk menubuhkan kerajaan, mengapa ketua pembangkang, mereka (kepimpinan pembangkang) lantik pemimpin dari PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berdasarkan bilangan kerusi yang dimenangi pembangkang, Pas mendapat 21 kerusi, PKR 30 kerusi dan DAP mendapat kerusi terbanyak iaitu 38 kerusi, bukankah itu menunjukkan DAP lebih popular dalam kalangan kepimpinan pembangkang. Mengapa tidak mahu jadi ketua (pembangkang)," katanya ketika ditemui kami di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perang, Kecam Dilancar...



Beberapa pengendali laman blog mula melancarkan 'perang' terhadap pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang terus mencipta kontroversi mempersenda kedatangan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh yang tertera logo halal.

Blog MyKMU.net (http://www.mykmu.net) yang memaparkan tajuk 'Hina, cemar sensitiviti umat Islam dianggap kelakar?' oleh dukeofmontecristo menegaskan pasangan yang popular dengan panggilan Alvin dan Vivian itu boleh dianggap layak dilucutkan kewarganegaraan kerana mencetuskan kemarahan umat Islam.

"Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di Singapura.

"Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas blog berkenaan.

DAP Diherdik Penyokong PAS!

Sekiranya sebelum ini, pakatan pembangkang begitu berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara DAP-Pas-PKR yang dikatakan telah berjaya membentuk satu pakatan yang kuat dalam pilihan raya umum yang lalu. 

Mereka juga sebelum ini begitu mendabik dada kononnya pakatan yang dibentuk ini berjaya mengembalikan keyakinan rakyat yang dikatakan telah mula menyisihkan BN/Umno.
 
Namun ternyata semua yang dikatakan itu adalah dusta semata-mata, ini kerana pada hakikatnya rakyat masih lagi menolak pakatan pembangkang khususnya DAP yang begitu tebal dengan semangat kecinaan atau lebih dikenali sebagai parti ‘ultra kiasu’. 

Sebagai contoh, ketika perarakan penamaan calon di pilihan raya kecil Kuala Besut ramai di kalangan pengikut dan penyokong Pas nyata tidak begitu senang dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Malah ada di kalangan mereka yang turut memberikan komen negatif sebaik sahaja kelibat Kit Siang terlihat di tempat proses penyerahan borang pencalonan. 

PAS Sudah Habis Modal!

Seperti telah kehabisan modal, Pas cuba mencipta isu kononnya berlaku perselisihan faham antara Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dengan Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Bertujuan untuk melemahkan jentera parti isu ini telah dijadikan modal kempen di pilihan raya kecil Kuala Besut (PRK Kuala Besut). 

Idris yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Besut, ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibangkitkan itu, menafikannya sekali gus menegaskan ia hanyalah isu yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang. 

Menurut Idris, pemimpin Pas itu sudah kekeringan modal apabila terpaksa memainkan isu berkenaan selepas gagal mengetengahkan calon terbaik kepada rakyat di Kuala Besut.
 
“Dia (Pas) memang kena buat isu, tak ada masalah. Kita (beliau dan Ahmad Said) boleh bekerja bersama-sama. Bila tak ada modal, dia carilah modal. Calon dia pun tak larat, parti pun tak larat. Dia cucuk kita. Dia cucuklah, biasalah," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...