Darahsatriadotcom

Thursday, 18 July 2013

BERSIH 4.0 Untuk Tebus Kegagalan Black 505!

Desas-desus mengenai satu lagi demonstrasi jalanan bakal diadakan oleh puak pembangkang kini semakin jelas kedengaran.    BERSIH 4.0 dikatakan sedang digerakkan sebagai membantah persempadanan semula sekiranya dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.

Ambiga, Tian Chua, Mahfuz, Tukar Tiub dan Malaysiakini kini sedang sibuk mempromosi BERSIH 4.0.  Di masa yang sama, kita yakin mereka sedang mencongak-congak sambutan penyokong mereka bagi memastikan ‘bencana’ yang berlaku dalam Black505 tidak berulang. 

Dalam Black505 yang sepatutnya menjadi kemuncak bantahan ‘rakyat’ terhadap keputusan PRU-13, Pakatan Rakyat hanya mampu menggerakkan sekitar 5,000 orang sahaja.  Jumlah ini amatlah memalukan jika dibandingkan dengan sasaran 1 juta. 

Lebih memalukan ialah selepas penyokong mereka berguling-guling di dalam jerebu membantah keputusan PRU-13, esoknya juga pemimpin pembangkang mengangkat sumpah menerima keputusan PRU yang sama. Oleh yang demikian, Black505 dengan tidak semena-mena menjadi bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.

PAS Begs For Votes To Deprive BN Of A One Seat Majority!

PAS begs for Kuala Besut voters to deprive the ruling Barisan Nasional (BN) state government the Kuala Besut state seat so that PAS can regain the state to give them (voters) better benefits.

The party deputy president Mohamed Sabu or popularly known as Mat Sabu said PAS just needed Kuala Besut to make it even – 16 to 16 seats – and the two petitions the party filed against BN for alleged fraud would help it form the state government.

Speaking at a ceramah last night, he claimed PAS would practice its Welfare State policy if it wins Terengganu to give the people better life just like the Pakatan Rakyat (PR) government of Selangor and Penang.

Duta Vatican Lebih Mulia Dari PR!

Seperti biasa, Malaysia dan orang Melayu yang terkenal sebagai ‘pemaaf’, telah memaafkan Duta Vatican yang mencetuskan kontroversi dengan mencampuri undang-undang dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam Injil yang diterjemah. 
 
Archbishop Joseph Marino telah membuat permohonan maaf secara rasmi setelah ditempelak oleh Menteri Luar, Dato’ Anifah Aman agar jangan mencampuri urusan dalaman negara ini. 

Nampaknya, Marino telah tersedar yang beliau berada di negara Islam dan tidak wajar membuat kenyataan provokasi yang mampu mencetuskan huru-hara dan membahayakan diri sendiri.  Bagaimanapun, kita percaya yang beliau merasa bertuah kerana terlepas cakap di Malaysia, bukan di Pakistan atau Arab Saudi di mana beliau mungkin sudah ‘kehilangan kepalanya’ sejurus selepas kenyataan seperti itu dibuat. 

Keberanian Marino menyentuh isu tersebut dilihat berpunca dari sikap pembangkang, terutamanya PAS yang pernah menyokong agar Kalimah Allah digunakan dalam Injil berbahasa Melayu.   Mungkin menyangka terdapat umat Islam yang turut menyokong tuntutan pihak Kristian itu, maka Marino merasakan ia selamat untuk dibangkitkan. 

Elak Tempah Tiket Ke Neraka?

Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan ‘Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’ di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.

Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H).

"Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah Syamilah)

Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.

Calon PAS Diselar Penduduk Kuala Besut!

Di dalam tempoh berkempen ini, sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi. Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.

Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi. Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.

Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata, kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekjor sesumpah.

Bila Hati Melayu Disakiti!

Penolong Bendahari DAP, Nga Kor Ming sengaja menyakitkan hati orang Melayu selepas mendesak Jabatan Peguam Negara mencampuri urusan pentadbiran agama Islam di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Ahli Parlimen Taiping itu mengetahui Jabatan Peguam Negara tidak akan berbuat demikian kerana urusan pentadbiran agama Islam di tiga negeri terbabit terletak di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu.

Menurut beliau, kenyataan Kor Ming itu membuktikan DAP tidak mementingkan sokongan orang Melayu kerana hasrat sebenar mereka bukan untuk memerintah negara.

Ustaz Youtube Buat Nik Aziz Dipandang Rendah!

Dulu sewaktu zaman kegemilangan Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin veteran PAS yang paling berpengaruh, bagaikan sudah menjadi kebiasaan apabila jumlah kehadiran di majlis ceramahnya melimpah ruah sehingga berlaku kesesakan teruk berkilometer dari lokasi majlis. 

Buka sahaja mulutnya di sesatu majlis ceramah ramailah si penyokong yang bertakbir hingga ada juga yang jadi histeria tiba-tiba dek kerana semangat rasukan yang menerjah datang. Yang mana dapat bersalaman dengannya terasa seperti mendapat berkat kalau boleh seminggu tak dibasuh tangan pun tak apa. 

Mengambil kesempatan dari pengaruh tersebut, maka banyaklah PAS Kawasan dan Negeri mengusung orang tua itu ke sana ke mari untuk memeriahkan program anjuran mereka kemudian bila selesai majlis masing-masing senyum sampai ke telinga melihat kantung kutipan wang 'tiket' yang diterima.