Darahsatriadotcom

Wednesday, 23 October 2013

Akhbar Melayu Dianaktirikan?

Perbelanjaan pengiklanan (adex) untuk akhbar berbahasa Melayu jatuh sebanyak 1.8 peratus setakat September lalu, walaupun adex industri mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus.
 
Bagaimanapun, adex untuk akhbar berbahasa Cina dan Inggeris masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak enam hingga tujuh peratus dalam tempoh sembilan bulan berkenaan.

AmResearch dalam nota kajiannya menyatakan, perancangan perbelanjaan adex mungkin akan merosot selepas ini disebabkan kebarangkalian pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut kajian berkenaan lagi, untuk keseluruhan industri media, adex industri mencatatkan pertumbuhan sebanyak tujuh peratus untuk tempoh bulan ke bulan pada September dan 30.5 peratus untuk tahun ke tahun.