Sebelum ini, selepas rakyat Malaysia dikhabarkan tentang berita Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Jepun,
mereka dikejutkan pula dengan berita perletakan jawatan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin
Cheh tanpa sebarang alasan.
Pengumuman perletakan jawatan itu diumumkan pada 27 Januari lalu yang
seterusnya menimbulkan tanda tanya kerana pasukan Pakatan DAP-PKR-Pas
telah menang besar, 44 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke -13-(PRU-13) di
Selangor.
Ekoran peletakan jawatan secara tiba-tiba itu, gosip politik berlegar
sekitar kemungkinan Ketua Umum PKR itu bercita-cita menjadi Menteri
Besar Selangor. Ini sudah tentu di luar kelaziman dan jika berlaku
tentunya menjadi sejarah apabila ahli parlimen di negeri lain menjadi
menteri besar di sebuah negeri lain.
Anwar sekali lagi mempamerkan kemahiran bersilat lidah apabila pada
mulanya beliau menafikan khabar angin akan bertanding di PRK Kajang,
iaitu pada hari yang sama Chin Cheh mengosongkan kerusi.
Namun tidak sampai 24 jam selepas penafian tersebut dalam sidang
akhbar yang turut dihadiri oleh Penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen
Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anwar diumumkan
akan bertanding bagi mempertahankan kerusi PKR diKajang. Serentak itu
juga, road show Anwar terus bermula di Kajang.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Friday, 14 March 2014
PKR Ketandusan Calon Berwibawa!
Kemunculan Datin Seri Dr. Wan Azizah berdepan dengan Datin Paduka
Chew Mei Fun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang memang sudah diduga. Ia jelas memperlihatkan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) ketandusan pemimpin untuk diketengahkan. Suatu ketika dulu
Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi
laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Sekarang Anwar tidak dapat bertanding kerana kes mahkamahnya dan Wan Azizah pula tampil sebagai pengganti. Ia adalah suatu fenomena yang tidak sihat seolah-olah PKR mengalami masalah kekontangan kepimpinan yang berwibawa.
Anwar mungkin menghadapi hukuman lima tahun penjara. Ia bergantung kepada rayuan di Mahkamah Persekutuan. Keterampilan Wan Azizah sebagai pengganti memperlihatkan elemen kronisme semakin menebal dalam PKR. Mengapa tidak letakkan Abdul Rahim Ghouse, Rafizi Ramli atau Datuk Saifuddin Nasution?

MH370: Misteri, Konspirasi, Satu Suara Dan Doa...
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) tidak akan hilang begitu sahaja.
Semuanya ada sebab-musabab. Saya doakan semasa tulisan ini dalam proses
percetakan atau semasa ia sedang dibaca, MH370 akan ditemui.
Mustahil ia boleh hilang begitu sahaja. Kecualilah jika ada satu `konspirasi maha besar melibatkan unsur-unsur duniawi atau alam ghaib, insya-Allah pesawat itu akan ditemui.
Bercakap mengenai konspirasi alam duniawi, ada bermacam-macam teori telah timbul. Yang menakjubkan ia ditulis dengan begitu terperinci, logik dan teliti sekali. Jika diikut akal ada logiknya. Misalnya melalui tulisan yang sedang berlegar sekarang oleh `al-faedah berhubung soal `red flag atau false flag.