Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 14 March 2014

Anwar: Kajang Saya Mengkuang Layu...

Sebelum ini, selepas rakyat Malaysia dikhabarkan tentang berita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Jepun, mereka dikejutkan pula dengan berita perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan. 

Pengumuman perletakan jawatan itu diumumkan pada 27 Januari lalu yang seterusnya menimbulkan tanda tanya kerana pasukan Pakatan DAP-PKR-Pas telah menang besar, 44 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke -13-(PRU-13) di Selangor. 

Ekoran peletakan jawatan secara tiba-tiba itu, gosip politik berlegar sekitar kemungkinan Ketua Umum PKR itu bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. Ini sudah tentu di luar kelaziman dan jika berlaku tentunya menjadi sejarah apabila ahli parlimen di negeri lain menjadi menteri besar di sebuah negeri lain. 

Anwar sekali lagi mempamerkan kemahiran bersilat lidah apabila pada mulanya beliau menafikan khabar angin akan bertanding di PRK Kajang, iaitu pada hari yang sama Chin Cheh mengosongkan kerusi.

Namun tidak sampai 24 jam selepas penafian tersebut dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anwar diumumkan akan bertanding bagi mempertahankan kerusi PKR diKajang. Serentak itu juga, road show Anwar terus bermula di Kajang.

PKR Ketandusan Calon Berwibawa!

Kemunculan Datin Seri Dr. Wan Azizah berdepan dengan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memang sudah diduga. Ia jelas memperlihatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketandusan pemimpin untuk diketengahkan. Suatu ketika dulu Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Sekarang Anwar tidak dapat bertanding kerana kes mahkamahnya dan Wan Azizah pula tampil sebagai pengganti. Ia adalah suatu fenomena yang tidak sihat seolah-olah PKR mengalami masalah kekontangan kepimpinan yang berwibawa.

 

Anwar mungkin menghadapi hukuman lima tahun penjara. Ia bergantung kepada rayuan di Mahkamah Persekutuan. Keterampilan Wan Azizah sebagai pengganti memperlihatkan elemen kronisme semakin menebal dalam PKR. Mengapa tidak letakkan Abdul Rahim Ghouse, Rafizi Ramli atau Datuk Saifuddin Nasution?

MH370: Misteri, Konspirasi, Satu Suara Dan Doa...

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) tidak akan hilang begitu sahaja. Semuanya ada sebab-musabab. Saya doakan semasa tulisan ini dalam proses percetakan atau semasa ia sedang dibaca, MH370 akan ditemui.

Mustahil ia boleh hilang begitu sahaja. Kecualilah jika ada satu `konspirasi maha besar’ melibatkan unsur-unsur duniawi atau alam ghaib, insya-Allah pesawat itu akan ditemui.

Bercakap mengenai konspirasi alam duniawi, ada bermacam-macam teori telah timbul. Yang menakjubkan ia ditulis dengan begitu terperinci, logik dan teliti sekali. Jika diikut akal ada logiknya. Misalnya melalui tulisan yang sedang berlegar sekarang oleh `al-faedah’ berhubung soal `red flag atau false flag’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...