Darahsatriadotcom

Thursday, 21 March 2013

Konsep Dasar Luar Anwar Ibrahim


Memang begitu menarik temu ramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Fairfax Media dari Australia dua minggu lepas yang banyak berkisar pengamatan beliau terhadap senario pasca pilihan raya umum Malaysia yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Tidak menghairankan apabila ketua pembangkang tersebut menegaskan hubungan baik dengan Australia adalah sangat dialu-alukan memandangkan temu ramah itu sudah pasti mendapat liputan meluas daripada akhbar negara tersebut. 

Tetapi agak menakjubkan apabila Anwar meluahkan perasaan kurang senang terhadap beberapa ahli politik Australia yang begitu kagum dengan agenda pembangunan Malaysia lebih dari lima dekad diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini (ahli politik Australia) hanya melawat menara berkembar Petronas, jambatan terpanjang atau empangan terbesar, kata Anwar bagaikan mahu menafikan kejayaan kemajuan pembangunan yang dapat dihayati oleh mereka yang berada di luar Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...