Darahsatriadotcom

Thursday, 21 March 2013

Menarik : Kad Laporan Kesejahteraan Rakyat



Adakah rakyat benar-benar merasai transformasi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun yang lalu? Atau rakyat lebih merasai reformasi yang dibawa oleh pakatan pembangkang selepas berjaya buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara menafikan majoriti 2/3 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan menguasai beberapa negeri di Malaysia?

Perbandingan inilah yang perlu dilakukan oleh rakyat untuk melihat sejauh manakah sebuah kerajaan dan para pemimpinnya benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan bukannya berkuasa demi keluarga dan rakan-rakannya sahaja.

Rakyat kini semakin bijak untuk membuat perbandingan. Rakyat tidak mahu sebuah kerajaan atau pemimpinnya hanya pandai berkata-kata tetapi tidak memenuhi harapan rakyat. Usah berikan harapan menggunung kepada rakyat kalau tidak mampu melakukannya. 

Memerintah negara melibatkan kemakmuran. Memerintah negara juga tertumpu pada soal keselamatan. Kesemuanya ini hanya untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, rakyat akan sentiasa memantau sama ada BN atau pembangkang yang lebih membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Setakat ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN telah membentangkan kad laporan sepanjang beliau menerajui negara. Intipati utamanya adalah gagasan transformasi beliau sejak memegang tampuk pemerintahan negara. Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi gagasan utama Najib berteraskan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menurut angka-angka terkini, banyak perkara menunjukkan kualiti kehidupan rakyat semakin baik. Pendapatan per kapita negara meningkat kepada AS$9.970 dan pendapatan isi rumah meningkat kepada RM5,000 pada 2012 berbanding hanya RM4,025 pada 2009.

Kadar inflasi negara juga serendah 1.2 peratus, satu angka yang tidak membimbangkan rakyat untuk berbelanja lebih dengan kuasa beli yang semakin meningkat.


No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...