Darahsatriadotcom

Saturday, 23 March 2013

Panas : Debaran Bubar Parlimen Menjelang PRU-13

Sehingga kini teka-teki Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menjadi debaran apabila tarikh 8 Mac 2013 berlalu dengan pelbagai pertanyaan. Bila Parlimen yang mempertaruhkan 222 kerusi dibubar? Sejauh mana krisis pencerobohan dan keganasan di Sabah memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang? 

Jika PRU-12 pada 8 Mac 2008 memberi mandat kecil kepada BN, senario yang berlaku sekarang amat menarik untuk dianalisis. Datuk Seri Najib Razak yang dilantik Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 melakukan pelbagai transformasi untuk kepentingan rakyat dan negara. 



Pembangkang pula yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan di kawasan bandar yang didiami majoriti Cina dengan harapan memecah dominasi BN dan Perikatan sejak 1957.

Harapan pembangkang untuk menawan Putrajaya bukan mudah. Mereka bukan saja berdepan jentera BN yang semakin kukuh, bahkan menghadapi krisis keyakinan ahli sendiri. 

Pembangkang berdepan krisis kepercayaan dalam kalangan ahli PAS, DAP dan Parti Keadilan Nasional (PKR). Ahli PAS sehingga kini tidak bersetuju dengan isu Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah, bahkan sinikal dengan pemimpin DAP, Karpal Singh yang secara terbuka mencabar supaya langkah mayatnya jika mahu membentuk pentadbiran Islam di Malaysia. 

Sila layari link berikut untuk artikel penuh : http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/DebaranbubarParlimenmenjelangPRU-13/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...