Darahsatriadotcom

Sunday, 24 March 2013

Satu Analisis : Perlukah Kerajaan Sedia Ada Ditukar?

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), parti-parti politik membuat pelbagai penyelidikan untuk mengukur sokongan rakyat. Pelbagai hipotesis dan pendekatan digunakan untuk mengetahui kedudukan parti yang bertanding. Institusi penyelidikan, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan juga melakukan kajian dan penyelidikan kerana tidak mahu ketinggalan dalam menyumbang pendapat. 

Apa juga bentuk kajian yang dijalankan, hasil kajian utama yang ingin diketahui ialah sokongan terhadap parti dan dimensi lain yang dianggap penting.


Walau apa juga kajian yang dijalankan, kemenangan atau kekalahan parti bertanding ditentukan berasaskan kepuasan rakyat terhadap kehidupan mereka. Jika rakyat berasakan mereka selesa di bawah pentadbiran kerajaan sekarang, tidak ada sebab mereka perlu menukar kerajaan. 

Pendek kata, ia merumuskan apakah yang rakyat perlukan atau asas sokongan rakyat terhadap parti-parti yang bertanding. Di atas kertas, penyelidikan praPRU-13 menunjukkan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan yang sangat besar untuk menang. Jika bekerja kuat, tidak mustahil BN memperoleh majoriti 2/3 kerusi. 

Layari link ini untuk artikel penuh : http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Tidakadasebabtukarkerajaan/Article

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...