Darahsatriadotcom

Saturday, 23 March 2013

Tukar Slogan Dari "I Love PM" Kepada "I Love BN"


ORANG ramai mengangkat sepanduk "I Love PM" dan "I Love BN" ketika menghadiri majlis perasmian Program Rimbunan Kaseh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap slogan "I Love PM" yang sering dilaungkan oleh rakyat ditukar kepada "I Love BN" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dibawah Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga kini telah membawa perubahan serta kemajuan kepada rakyat dan negara.


Menurut beliau, rakyat tidak boleh mengharapkan pembangkang kerana mereka hanya pandai mengkritik dan membuat fitnah tetapi tidak membuat apa-apa.

"Rakyat perlu memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan program tranformasi yang dirancang oleh kerajaan,"katanya.


Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...