Darahsatriadotcom

Saturday, 23 March 2013

Terkini : Strategi BN Untuk Menang Terbongkar...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan empat perkara asas yang mesti dijadikan pegangan oleh semua pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Empat perkara itu ialah, mengutamakan perpaduan sesama ahli, calon berpotensi untuk menang, jangan cipta masalah baharu dan sentiasa bersua dengan para pengundi di kawasan masing-masing.


Menurutnya, ahli BN juga diingat supaya tidak menimbulkan masalah yang boleh memberikan gambaran berlaku keretakan di dalam parti, sehingga memberi ruang kepada musuh untuk bertindak.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, tidak nampak masalah seumpama itu berlaku dalam parti sehingga membawa kepada perpecahan serius.

Mengenai calon, Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan proses perundingan berulang kali bagi memastikan calon BN benar-benar berpotensi untuk menang.

Muhyiddin seterusnya mengajak seluruh barisan kepemimpinan BN supaya memberikan sokongan 100 peratus terhadap pemilihan calon yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

Calon pula, kata beliau, perlu kerap turun padang untuk bersua dengan para pengundi kerana golongan itu adalah 'raja' dalam menentukan menang atau kalah calon BN dalam PRU-13.

"Kita kena bertanya khabar mereka ini. Kena ambil tahu apa masalah mereka. Ini kerana, merekalah yang akan menentukan kemenangan kita," ujarnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau terharu dengan sambutan meriah dalam majlis pelancaran Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru peringkat negeri itu yang menggambarkan seluruh pemimpin dan ahli BN kini sudah siap sedia menghadapi PRU-13.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...