Darahsatriadotcom

Wednesday, 17 April 2013

Guan Eng Dimalukan Dan Memalukan!

Krisis pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semakin panas dengan parti itu kelihatan belum dapat mencari penyelesaian.

Ada banyak perkara terus menjadi tanda tanya daripada soal jemputan kepada ahli yang layak mengundi hinggalah kepada isu penyelewengan atau kesilapan kiraan undi. Awang juga hairan mengapa Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa campur tangan kebelakangan ini.

Sepatutnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang harus bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala permasalahan. 

Pada Awang, ia merupakan satu lagi kegagalan kepimpinan Guan Eng, yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh parti. 

Kini DAP berdepan dengan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan atau digantung oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). 

DAP tidak terkecuali daripada undang-undang. UMNO dan parti politik lain juga pernah dibatalkan pendaftaran.

Sekiranya didapati bersalah termasuk melanggar perlembagaan parti, DAP mungkin dilarang menggunakan lambang sendiri pada PRU13. Segala-galanya akan ditentukan sedikit masa lagi dan tidak perlulah DAP memberikan tekanan kepada ROS.

Yang pasti, isu tersebut meninggalkan kotoran hitam yang memalukan dalam sejarah parti itu. 

Bagaimana mahu mentadbir negara dengan cekap dan bersih kalau pemilihan parti sendiri kelam kabut? Itupun ghairah mahu mencari salah pihak lain. Bagai ayam kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...