Setiausaha
Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus mengecam UMNO dan Barisan Nasional (BN)
tetapi bukan berkaitan video seks yang dikatakan mirip beliau, sebaliknya dalam
soal tragedi 13 Mei.
Mustafa
mendakwa, UMNO dan BN menggunakan sentimen 13 Mei itu untuk menggugut rakyat,
kononnya akan berlaku rusuhan jika pakatan pembangkang memerintah selepas
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Katanya,
ia bersandarkan bukti apabila berlaku tragedi 13 Mei pada tahun 1969, semua
negeri ditadbir kerajaan BN berhadapan rusuhan kaum, kecuali di Kelantan yang
ditadbir Pas.
"Tahun
1968, Kelantan di perintah oleh Pas. Melayu ada, Cina ada, India pun ada tetapi
tidak ada satu orang pun yang dicederakan. Ertinya kami (Pas) memperjuangkan
Islam dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga semua kaum," katanya
dalam ceramah 'bidan terjun' di sebuah hotel di Taman AST, dekat sini malam
tadi.
Majlis
yang dihadiri Mustafa itu sepatutnya untuk mengumumkan calon-calon pakatan
pembangkang Negeri Sembilan tetapi bertukar kepada ceramah selepas DAP dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal memuktamadkan calon masing-masing sehingga
sekarang.
Selepas
membidas UMNO dan BN, Mustafa kelihatan tenang seperti tidak ada apa-apa
berlaku, malah tidak pula mempertahankan isu video yang didakwa membabitkan
diri beliau dan tersebar dalam banyak blog di negara ini.
Dalam
pada itu calon Pas di Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia tidak akan
menarik diri daripada bertanding walaupun berhadapan sokongan tidak pasti ahli
Pas, selain disahkan berhadapan calon berpengalaman BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul
Samad.
"Saya
tidak nampak sengitnya pertembungan ini. Ada masa turun dan naik. Saya tidak
akan menarik diri dan akan terus bertanding. Terpulanglah kepada rakyat untuk
memilih kelak," kata penyanyi era-90an itu.
Sumber
: Utusan Online
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...