Darahsatriadotcom

Saturday, 13 April 2013

Kit Siang Kurang Ajar!

Sikap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengkritik manifesto Barisan Nasional (BN) tetapi gagal membuktikan kemampuan manifesto pembangkang disifatkan sebagai 'sesuatu yang amat menyedihkan'.
 
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, manifesto pembangkang jika dilaksanakan hanya akan menyebabkan negara muflis.

"Sesuatu yang amat menyedihkan melihat Kit Siang hanya mampu mengkritik manifesto BN, tetapi gagal menyedari apa yang dihasilkan mereka adalah retorik dan bersifat populis sehingga sukar untuk dilaksanakan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Chee Heung berkata, walaupun pakatan pembangkang memerintah di empat buah negeri, mereka gagal membuktikan manifesto yang dihasilkan berdaya maju dan boleh diyakini.

''Kebanyakan janji mereka (pakatan pembangkang) tidak realistik dan mustahil untuk dilaksanakan dan jika dilaksanakan, negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun.

''Janji memansuhkan tol, pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 sebulan, meningkatkan gaji minimum sehingga RM1,100 hanya memberi manfaat kepada pekerja asing dan memansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) merugikan negara,'' katanya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, BN bukan sahaja berpengalaman mentadbir negara tetapi boleh memahami kehendak rakyat dan mampu menyesuaikan polisinya dalam memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...