Darahsatriadotcom

Wednesday, 24 April 2013

Pendedahan : Bimbang Liberal Pembangkang!

Fahaman liberal ini boleh diumpamakan seperti penyakit kanser pemikiran yang sudah mencapai tahap tinggi iaitu tahap empat. Sebab dikatakan begini kerana dalam pemikiran liberal terdapat sekurang-kurangnya empat virus pemikiran yang sangat berbahaya.

Pertama adalah virus relativisme. Ia adalah satu virus pemikiran yang membuat seseorang itu meyakini bahawasanya tidak ada kebenaran mutlak termasuk kebenaran agama.

Semua kebenaran bersifat relatif. Maka dia akan beranggapan semua agama sama, semua agama benar, semua agama sama-sama menuju syurga dan semua agama tidak ada perbezaan. Akibat virus relativisme yang ada dalam pemikiran seseorang, akhirnya orang itu bersikap menjadi pluralisme.

Kedua adalah virus skeptisisme. Kalau seseorang sudah terlalu lama menganggap tidak ada kebenaran mutlak, maka lama kelamaan dia akan ragu dengan kebenaran.

Dia menjadi ragu dengan kebenaran agama dan tidak yakin kalau agama itu mampu menangani urusan perekonomian, perniagaan, politik dan urusan negara. Dia hanya meyakini agama itu adalah urusan ibadah, solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Kalau orang sudah kena virus semacam ini, maka dia akan bersikap untuk memisahkan antara urusan agama dengan urusan negara atau sering disebut sebagai sekularisme.

Ketiga, virus agnostik. Ini terjadi apabila seseorang itu tidak peduli lagi dengan kebenaran agama. Sehingga dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk, benar atau salah, dia tidak lagi memakai ukuran agama, sebaliknya dia akan memakai ukuran kebendaan. Apa-apa yang boleh mendatangkan hasil kebendaan, itu benar.

Orang yang terkena virus ini tidak peduli lagi dengan halal dan haram. Contohnya aktiviti judi, pelacuran dan minuman beralkohol akan dibenarkan mereka kerana ia boleh mendatangkan hasil. Selama ada hasil walaupun haram, maka dia tetap akan terima.

Keempat, virus ateis. Mereka yang dijangkiti virus ini tidak percaya dengan agama. Dia menolak kewujudan Allah SWT sebagai Tuhan, dia menolak kewujudan Muhammad SAW sebagai Rasul dan dia menolak apa sahaja yang menurut dia tidak realistik. Syurga dan neraka tidak kelihatan di mata, tidak boleh dibuktikan. Jadi mereka menolak kebenarannya, jadi semuanya serba rasionalisme.

Apa yang berlaku jika dijangkiti semua virus terbabit?

Seorang liberal sejati, dia sudah terhinggap dengan empat virus tadi. Maka, kalau seseorang itu sudah pada puncaknya menjadi ateis, dia sudah tidak peduli dengan kebenaran agama. Bagi dia maksiat dan taat sama.

Bagi dia, orang boleh ke masjid, silakan. Mahu ke tempat pelacuran juga silakan. Masjid dan tempat pelacuran mahu diletakkan secara berdampingan pun tidak apa-apa.

Yang satu ada tenaga taat dan yang satu ada tenaga maksiat. Kedua-dua tenaga ini menciptakan keseimbangan di dunia. Itu pemikiran-pemikiran liberal.
Kenapa Anwar dikaitkan dengan fahaman liberal?

Memang Anwar kalau datang ke Jakarta, dia banyak berkumpul bersama-sama kelompok liberal. Kita orang Indonesia, kita tahu siapa orang Indonesia yang liberal dan siapa yang bukan.

Kita tidak faham apakah Anwar tahu mereka liberal atau tidak? Tetapi yang jelas, datangnya Anwar ke Indonesia lebih banyak berkumpul dengan kelompok-kelompok liberal. Kelompok yang memang di Indonesia ini bermasalah dan selalu buat masalah.

Salah satu buktinya adalah apabila Anwar menyertai dialog di Komunitas Salihara, Jakarta. Salihara itu adalah komuniti liberal yang memperjuangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Indonesia.

Jadi saya fikir sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengatakan dalam satu hadis, kalau kita mahu tahu seseorang itu, lihat siapa kawannya. Kalau dia berkawan dengan liberal, pemikirannya akan terpengaruh ke sana.

Bagaimanakah pemikiran golongan liberal Indonesia?

Pemikiran-pemikiran liberal yang saya sebut, di Indonesia sudah sampai setakat itu pemikiran liberalnya. Jadi orang seperti dalam pimpinan Jaringan Islam Liberal Indonesia, pimpinan majalah (isu semasa) dan lain-lain, pemikiran liberal mereka sudah sampai setakat itu, yang empat itu. Kerana itu kita tolak, kerana itu semua bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi liberal di Indonesia, orang lelaki berkahwin dengan lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan, itu hak asasi manusia.

Perjuangan kelompok liberal sudah sampai sehingga ke Parlimen dan berupaya mendesak supaya wujud satu undang-undang yang membolehkan LGBT dan perkahwinan sejenis disahkan dan mendapat surat nikah.

Tetapi kita NGO-NGO Islam terus melakukan perlawanan dan sampai hari ini mereka belum berhasil meluluskan undang-undang itu. Kita akan lawan terus dan tidak akan boleh berhasil.

Tokoh-tokoh yang memperjuangkan itu adalah kawan-kawan Anwar. Saya tidak faham, apakah Anwar tidak tahu mereka ini adalah tokoh-tokoh pejuang liberal di Indonesia atau memang Anwar faham, kemudian mewujudkan satu rangkaian dengan mereka. Wallahualam.

Adakah seorang liberal masih Islam?

Seorang liberal sejati, dia bukan Islam. Erti liberal sejati begini, keempat-empat virus tadi sudah ada dalam pemikiran dia.

Seorang liberal sejati tidak akan solat. Seorang liberal sejati tidak akan ke masjid dan seorang liberal sejati tidak akan puasa Ramadan.

Tetapi kalau seorang liberal masih solat, dia baru setengah liberal. Ertinya kalau mereka ke Amerika Syarikat (AS), mereka masih dianggap setengah kafirlah.

Bagaimana menangani dakyah golongan liberal?

Kita di Indonesia, kita berdialog dan berdiskusi dengan golongan ini. Mereka pula menggunakan cara-cara yang ilmiah dan argumentative apabila berdialog dengan kita. Tetapi kalau mereka sudah lebih condong kepada menista dan menghina agama, tentunya kita tidak lagi menghadapi mereka dengan dialog.

Kita menghadapi mereka dengan proses hukum. Kita seret mereka ke mahkamah atas penghinaan yang mereka lakukan.

Contohnya, seorang liberal mengarang sebuah buku dengan mengatakan bahawa al-Quran adalah hasil ‘kongkalikung’ antara Muhammad SAW dan para sahabat.

Ini penghinaan, jadi kita melihat ini bukan minta dialog, ini menghina, lalu kita seret ke proses hukum di mahkamah.

Bagaimana kaedah golongan liberal menyebarkan dakyah?

Di Indonesia mereka berhasil masuk ke legislatif, badan kehakiman dan eksekutif. Mereka berhasil masuk ke lingkaran pegawai-pegawai kerajaan kerana pegawai itu orang awam dan tidak mengerti agama. Mereka lebih mudah menjadi mangsa pemikiran kaum liberal. Majoriti media massa di Indonesia juga dikuasai golongan liberal.

Sebab-sebab orang mudah termakan dengan pemikiran-pemikiran liberal kerana hujah-hujah yang disampaikan disertakan dengan kajian ilmiah dan bercorak akademik serta bahasa-bahasa yang moden, seolah- olah ini adalah hasil karya cendekiawan.

Ini menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan di Indonesia merasa ketinggalan zaman kalau tak mengikut pemikiran liberal.

Sebetulnya masalahnya sama dengan di Malaysia. Hanya mungkin bezanya gerakan liberal di Indonesia sudah sampai ke titik yang sangat membahayakan.

Di Indonesia kita ada pemimpin-pemimpin yang liberal.

Bagaimana pula penularan dakyah sama di Malaysia?

Saya fikir di Malaysia ini ada beberapa universiti yang memang sudah mulai menjadi sarang pemikiran mereka.

Jangan lupa tokoh liberal internasional, Amina Wadud (yang pernah menjadi imam solat Jumaat di AS) pernah menjadi pensyarah di Malaysia. Kemudian beberapa tokoh liberal dari Turki dan sebagainya juga pernah menjadi pensyarah di Malaysia.

Ertinya kita tidak menutup kemungkinan, kalau saat mereka menjadi pensyarah di Malaysia, mereka sudah menularkan pemikiran-pemikiran mereka.

Realitinya di Malaysia mungkin pemikiran liberal belum sampai mempengaruhi masyarakat luas, tetapi setakat di kalangan ahli akademik dan di universiti sahaja.

Kenapa situasi di Malaysia berbeza dengan Indonesia?

Bagusnya di Malaysia, pihak kerajaan meletakkan batasan-batasan yang tidak melepas secara bebas orang berbicara liberal, contohnya di televisyen.

Kalau di Indonesia sudah bebas betul. Orang boleh berbicara liberal di televisyen, radio dan di akhbar-akhbar.

Kalau di Malaysia, masih terkontrol. Contohnya di negara ini kita boleh lihat, Syiah dan Qadiani tidak boleh bergerak bebas, begitu juga liberal. Ertinya ada kontrol negara. Di Indonesia kontrol negara tidak ada.

Sebetulnya kalau soal liberal ini, di Indonesia ada dan di Malaysia juga ada. Bezanya di Malaysia ada kontrol kerajaan, tidak boleh sebarangan.

Apa akan berlaku jika kerajaan pembangkang membuang kontrol ini?

Kalau di Malaysia tidak dikontrol, pada masa depan ia akan sama dengan Indonesia. Golongan liberal akan semakin bermaharajalela. Maka itu, saya mendukung negara Malaysia kontrol terhadap pemikiran-pemikiran semacam itu demi kesatuan umat dan bangsa Melayu.

Kalau semua pemikiran boleh bebas disampaikan di Malaysia, kacau jadinya kita nanti, semacam yang terjadi di Indonesia.

Jadi saya fikir kalau dari segi kontrol ini, umat Islam tidak boleh berbeza. Daripada Barisan Nasional (BN) atau parti mana pun, selama dia muslim, wajib untuk mendukung, negara mengontrol aliran sesat ini.

Apakah nasihat kepada rakyat Malaysia?

Malaysia mesti diselamatkan. Daripada parti mana pun, kalau dia mengusung fahaman liberal, tidak boleh didukung rakyat. Liberal itu musuh Islam, musuh bangsa Melayu dan musuh kita semua.

Bagaimana pula Pas yang seolah-olah menyokong liberal?

Kalau parti secara terang-terangan menyokong liberal, bererti dia parti liberal, walaupun dia memakai simbol-simbol keagamaan.

Seorang Muslim yang sejati, manakala dia terlibat dalam politik, tidak boleh melepaskan iman dan takwa. Jangan kerana kepentingan politik, yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Menghalalkan segala-galanya, itu bukan politik Islam.

Kalau ada parti mengaku parti Islam, tetapi tidak memperjuangkan Islam, itu namanya parti jualan Islam. Dia menjual Islam supaya orang Islam pilih parti itu, tetapi pada hakikatnya dia tidak memperjuangkan Islam.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...