Darahsatriadotcom

Saturday, 13 April 2013

PKR Semakin Serabut!

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menegaskan beliau bersedia untuk berentap dalam Plihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi menentang Abangnya Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
Bagaimanapun. tegas beliau, keputusan untuk bertanding dalam PRU-13 adalah bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Andai dipilih untuk menjadi calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN), saya bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.
 
"Namun andai tidak terpilih saya akan meneruskan perjuangan untuk menyedarkan rakyat tentang warna sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana Membongkar wajah sebenar Anwar, di Kampung sungai Pinang, di sini malam tadi. 
 
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...