KATA dulang, paku serpih, kata orang, sendiri yang lebih. Begitulah
slogan 'Ubah' yang digunakan oleh DAP bagi menghadapi pilihan raya kali
ini.
Parti pembangkang itu menyeru rakyat melakukan perubahan dengan
memilih pakatan yang tidak pernah berdaftar atau pakatan haram iaitu
Pakatan Rakyat untuk menjejak kaki ke Putrajaya.
Pakatan yang belum dapat menyelesaikan isu-isu pokok termasuk
pelaksanaan hukum hudud itu menjanjikan bulan dan bintang jika diberi
mandat oleh rakyat.
Bagaimanapun ibarat 'Meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka
sendiri', kini rakyat mempertikaikan keikhlasan pembangkang untuk
berubah kerana muka-muka lama pemimpin mereka yang telah menyertai
pilihan raya sejak perdana menteri yang pertama masih lagi bertanding
pada pilihan raya kali ini.
Lihat sahaja Lim Kit Siang yang berpindah ke Gelang Patah, manakala
Karpal Singh dan Nik Aziz Nik Mat kelihatan belum mahu melepaskan
jawatan yang dipegang walaupun mereka semakin uzur dimamah usia.
Pelbagai helah digunakan bukan sahaja untuk mengekalkan jawatan
mereka sebagai wakil rakyat, bahkan untuk mengekalkan jawatan di dalam
DAP sendiri mereka terpaksa membuat aksi silap mata semasa pemilihan
jawatankuasa pusat parti pembangkang itu.
Lihat pula pemimpin Barisan Nasional (BN), Tun Dr. Mahathir Mohamad
walaupun masih sihat dan berfikiran tajam, beliau meletak semua jawatan
dalam parti dan kerajaan.
Begitu juga Tun Dr. Ling Liong Sik kini tidak lagi aktif di dalam
MCA, sama juga dengan Datuk Seri S. Samy Vellu juga telah melepaskan
jawatan di dalam MIC.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja telah
berjaya dengan program transformasinya, tetapi beliau turut mewakili era
baru dalam politik negara.
Tindakan berani beliau meletakkan begitu banyak muka baru bagi calon
BN cukup mengejutkan dan kini rakyat memahami serta yakin bahawa Najib
benar-benar serius melakukan perubahan.
Mandat yang lebih besar kepada BN pada pilihan raya kali ini pasti
menjanjikan masa hadapan yang lebih cemerlang untuk Malaysia.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...