Darahsatriadotcom

Tuesday, 16 April 2013

Terkini : Anwar Sahkan Pakatan Pembangkang Goyah!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pergeseran dalam pakatan pembangkang berhubung agihan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) masih belum dapat dimuktamadkan.

Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu berkata, pakatan pembangkang masih gagal mencapai kata sepakat di kerusi-kerusi yang menjadi rebutan sesama mereka.

Walaupun menyifatkan pergeseran itu sebagai perkara biasa, Anwar mengingatkan keadaan tersebut boleh menyukarkan usaha pembangkang untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Esok (hari ini) kita ada mesyuarat, ada lawan sana, gaduh sini. Ini Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin) ada, DUN (Dewan Undangan Negeri) Sungai Acheh gaduh sikit-sikit.

"Kita jangan banyak sangat gaduh, kalau banyak sangat gaduh sama-sama macam mana mahu lawan UMNO?," katanya dalam ceramah di Padang Taman Gopeng Jaya, di sini malam tadi.

Seperti biasa, dalam ceramahnya, Anwar terus menabur janji manis untuk menurunkan harga minyak selain memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam ceramah terbabit, Anwar turut mengumumkan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Lee Boon Chye akan mempertahankan Parlimen Gopeng pada pilihan raya kali ini. 

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...