Kami menentang sekeras-kerasnya usaha pembangkang cuba menghuru-harakan negara dengan menganjurkan perhimpunan blackout 505.
Kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan blackout 505 jangan cuba bersikap kurang ajar kepada rakyat Malaysia yang telah memilih Barisan Nasional (BN) dan cuba memperbodohkan rakyat demi politik murahan kamu," kata wakilnya, Muhammad Hedir Saniman di sini hari ini.
Anak Malaysia Negeri Melaka berhimpun secara aman lebih kurang setengah jam di hadapan Pasaraya MyDin, Ayer Keroh di sini bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Anwar dan kumpulan blackout 505.
Kehadiran aktivis tersebut turut mencuri tumpuan pengunjung di Pasar raya MyDin dan Kota Fesyen sambil turut mengangkat tangan menyokong demonstrasi tersebut.
Muhammad Hedir menegaskan, aktivis Anak Malaysia Melaka memberi amaran kepada pihak tertentu agar jangan cuba menggugat kedamaian yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini.
Kami sanggup mati demi Malaysia dan hari ini kami berhimpun dengan sepanduk yang menyuarakan rasa isi hati kami," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan BN untuk mengenang jasa serta budi orang Melayu, India, Sarawak dan Sabah yang memastikan BN terus kekal memerintah negara selepas PRU-13 lalu.
Kami minta kerajaan BN beri tumpuan dan komitmen untuk membangunkan ekonomi orang Melayu, India, Sabah dan Sarawak kerana kami mundur dalam bidang tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...