Darahsatriadotcom

Sunday, 23 June 2013

Husam Disahkan Sakit Mental?

Dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya peserta yang terkorban sewaktu menyertai perhimpunan Blackout 505 esok sebagai mati syahid, jelas menunjukkan pemikirannya yang berkecamuk dan terpesong sehingga sanggup mempergunakan agama demi kepentingan politik.
 
Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata, kenyataan Husam yang cuba menyamakan situasi di negara ini dengan keadaan di negara Arab juga amat mengarut dan tidak masuk akal sama sekali.

"Saya hendak tanya dia, ayat al-Quran, hadis atau ijmak ulama mana yang dia ambil untuk merujuk kenyataan seperti itu? Buku apa yang dia baca sehingga boleh mengatakan sesiapa yang terkorban dalam perhimpunan itu adalah bersifat jihad kepada fisabilillah?.

"Dia cuba hendak memanipulasi semangat rakyat. Dia juga cuba melakukan sebagaimana ulama terkenal Yusof Qardawi memfatwakan bahawa sesiapa yang berjuang di Syria adalah jihad kepada Allah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan terakhir Blackout 505 di Padang Merbok di sini dianggap sebagai mati syahid.

Bagaimanapun kenyataan Husam itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan Blackout 505.

Shahbudin berkata, tindakan Husam untuk cuba menyamakan situasi di Malaysia dengan Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab adalah sesuatu yang dangkal.

"Isu sekarang adalah mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak ada kena-mengena dengan pemerintah negara ini.

"Jadi kita minta orang muda tidak terpengaruh dengan kenyataan dangkal seperti itu kerana jika mereka mati, mereka mati sia-sia bukan untuk apa-apa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...