Penulis blog Al-Azhari Siddiq (www.al- azharrisiddiq.com) mendakwa
telah bertemu dengan beberapa ahli Parlimen UMNO dan terkejut kerana ada
kalangan mereka melihat kemasukan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
Barisan Nasional (BN) sebagai sesuatu yang positif.
Katanya, antara alasan yang ahli Parlimen berkenaan berikan ialah
kemasukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kerajaan akan menambah
kekuatan BN di dalam Parlimen.
Ia bertolak daripada kenyataan Anwar kononnya Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak mempelawa beliau untuk bergabung dengan UMNO bagi
menubuhkan kerajaan perpaduan. Bagaimanapun ia kemudian dinafikan oleh
Pejabat Perdana Menteri.
Bagaimanapun, tegas blog ini, Anwar harus akui bahawa tempatnya di
dalam UMNO terlalu sukar dan pintu masuk kepadanya bagaikan lubang
jarum.
Walaupun terdapat ahli Parlimen UMNO yang bersetuju beliau menyertai
BN, namun ahli-ahli UMNO belum dapat menerimanya lantaran kebobrokan
dan kerosakan yang amat besar telah berlaku ke atas umat Islam dan orang
Melayu akibat dasar-dasar liberalisme, pluralisme dan kesamarataan yang
diamalkannya.
Sesungguhnya, Anwar telah mengakui kenyataan Lee Kuan Yew bahawa
pembangkang di Malaysia tidak akan mampu merampas kerajaan Persekutuan,
lantaran itulah, Anwar bersungguh-sungguh mendekatkan dirinya kepada
Najib, termasuklah usahanya di negara jiran."
Barangkali sudah sampai masanya Anwar bercakap tentang janji
persaraannya dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Washington
DC," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...