"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Thursday, 4 April 2013
Satu Analisa : 'Resipi Malapetaka Ekonomi'
Datuk Seri
Najib Tun Razak berkata, janji pembangkang untuk menurunkan harga minyak,
selain menuntut Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) meningkatkan royalti minyak
kepada 20 peratus akan memberikan kesan buruk ke atas syarikat tersebut serta
pembangunan negara.
Tegas
Perdana Menteri, janji yang disifatkan sebagai 'resipi malapetaka kepada
ekonomi' dan tidak masuk akal itu hanya akan menghalang keupayaan Petronas
untuk berkembang, melabur atau membuat pelaburan semula kerana sektor minyak
dan gas memerlukan modal perbelanjaan yang besar.
Malah
jelasnya, tuntutan pembangkang untuk membentuk satu jawatankuasa khas Parlimen
berhubung Petronas akan menampakkan 'cengkaman' kerajaan terhadap syarikat itu
yang pada asalnya diwujudkan dengan idea perlu bergerak sebagai organisasi
bebas tanpa dibebani campur tangan yang banyak daripada kerajaan.
Anwar Dabik Dada Silap Era...
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim tidak perlu mendabik dada mengatakan beliau ‘berjaya’ mengurangkan
hutang negara ketika memegang jawatan Menteri Kewangan kerana dunia ketika itu
tidak berdepan krisis ekonomi global.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri
Ahmad Husni Hanadzlah, berkata situasi pada zaman Anwar menjadi Menteri
Kewangan jauh berbeza berbanding sekarang berikutan keadaan ekonomi yang
berubah.“Dulu masa Anwar menjadi Menteri Kewangan, mana dia ada krisis ekonomi
dunia. Jadi situasi itu tidak boleh dibandingkan dengan sekarang, ia sudah
ketinggalan zaman.
Dulu masa Anwar menjadi Menteri Kewangan, mana dia ada
krisis ekonomi dunia. Jadi situasi itu tidak boleh dibandingkan dengan
sekarang, ia sudah ketinggalan zaman, cabaran dulu dan sekarang adalah jauh
berbeza," Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua
Akui Mengaku Silap Sertai PKR!
Ahli
Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengakui
kesilapannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
Beliau yang
pernah menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang berkata,
punca utama beliau meninggalkan PKR ialah kerana parti itu penuh dengan
pembohongan.
"Isu-isu
yang sering diketengahkan PKR ialah pembohongan. Saya sendiri terpaksa
berbohong tentang banyak isu kepada rakyat.
"Politik
ini ada sempadan. Apabila sampai hadnya, apabila kita terpaksa berbohong
sehingga merugikan bangsa dan agama, pada masa itu kita harus membuat keputusan
untuk memperbetulkan keadaan,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut
Zahrain, kesempatannya berjumpa rakyat akhir-akhir ini digunakan sebaik-baiknya
untuk menyampaikan kebenaran dan meminta maaf kepada mereka.
"Dalam
situasi politik sekarang, tidak ada pilihan lain selain membantu Barisan
Nasional (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Hanya BN yang dilihat
layak untuk terus menerajui negara,'' katanya.
Sementara
itu, Zahrain juga memberitahu, beliau bersedia untuk bertanding semula sama ada
di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mendapat lampu hijau
daripada pimpinan tertinggi BN.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
Terbongkar : 100 Perkara Yang Memberi Manfaat! #PRU13 #GE13
Berikut ialah antara pembaharuan dan pencapaian
di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai
Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:
Terbongkar : Hasrat Bunuh Dr. M Percepat Kuasa PAS!
Bekas ahli
Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau C.N. Afghani hari ini menjelaskan, tujuan
rancangan untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah
bagi mempercepatkan proses pemerintahan Pas di negara ini.
Ujarnya,
beliau bersama rakan-rakannya yang begitu terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi
berpendapat, Pas tidak akan dapat memerintah selagi parti itu bergantung dengan
sistem pilihan raya sedia ada.
Mahu tidak
mahu, katanya, beliau dan rakan-rakan perlu berbuat sesuatu supaya Islam dan
hukum hudud boleh dilaksanakan segera di Malaysia.