Menurut beliau, kecenderungan itu memberi impak kepada hala tuju perjuangan ABIM sebagai sebuah badan dakwah dan tarbiah yang sepatutnya tidak berpihak pada mana-mana parti politik sebagaimana pendirian pertubuhan tersebut selama ini.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Sunday, 7 April 2013
Panas : Kegiatan Anwar Terbongkar!
Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba kesal dengan perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kini dipergunakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini.
'Pelacur Politik' Berkuasa?
Rakyat Selangor diingatkan agar tidak memberi peluang dan ruang kepada pemimpin politik yang sanggup menjual kedaulatan negara serta perpaduan rakyat hanya kerana mahu berkuasa.
Menggelarkan pemimpin seumpama itu sebagai 'pelacur politik', Setiausaha Agung Jalur Tiga (Jati), Norman Toha berkata, golongan tersebut akan berbuat apa sahaja bagi memuaskan nafsu politik mereka.
Satu Analisa : Melayu Perlu Perkasa Tahap Politik...
Krisis dan konflik adalah sesuatu yang lumrah bagi umat yang sentiasa bergerak ke arah maju dan berwibawa. Krisis dan konflik menjadikan umat menyedari bahawa cabaran dalam kepemimpinan dan kepengikutan adalah sesuatu yang tidak boleh diremehkan.
Dalam konteks umat Melayu, krisis dan konflik boleh membawa kepada natijah positif dan juga natijah negatif. Ia menuntut kebijaksanaan tinggi bagaimana akar sebab konflik dikenal pasti kemudian strategi perawatan dilakukan. Ia menuntut kesabaran luar biasa bagaimana krisis dapat dirungkai dengan baik dan usaha pemulihan dapat dikerjakan.
Umat Melayu di Malaysia hari ini menuntut faktor pemersatu wujud dalam pembangunan politik, ekonomi, pendidikan , agama, pembudayaan dan lain-lain. Ternyata perkembangan politik umat Melayu kini amat merimaskan.
Tapak politik Melayu semakin berpecah. Ini memungkinkan tawar menawar politik di luar lingkungan Melayu menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dalam bahasa demokrasi, Melayu berada dalam tahap yang agak kritikal untuk tampil memberikan kepemimpinan bermakna dalam kalangan masyarakat yang berbilang.

Anwar Dan Izzah Bertelagah Pula...
Percanggahan kenyataan mengenai keputusan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada pilihan raya umum ini membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mentadbir parti tersebut dengan sistematik.
Bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang itu, Anuar Shaari berkata, ia sekali gus merumuskan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan dalam parti.
Tegasnya, perilaku membuat keputusan sendiri itu merupakan amalan Anwar sejak dahulu lagi.
Pendedahan : Pelbagai Strategi PKR Cetus Huru Hara...
Rancangan jahat membakar Stadium Nasional Bukit Jalil oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1998 didorong sifat taksub melampau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, rancangan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana parti tersebut mempunyai pelbagai strategi lain untuk mencetuskan huru-hara.