Darahsatriadotcom

Wednesday, 10 April 2013

Terkini : Anwar Naik Berang!

Sudah menjadi lumrah, apa sahaja masalah dalaman parti pembangkang, pemimpin mereka akan sepantas kilat menuding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun taktik seperti itu sudah menjadi bahan lucu ramai kerana terlalu kerap diulang, apa lagi pilihan yang ada untuk mereka kerana bagi mengakui kesilapan sendiri, ibarat jauh panggang dari api.

Terbaharu mengenai kemelut dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang semakin hari semakin meruncing apabila ramai pemimpin dan bekas pemimpin parti itu menyuarakan hasrat mahu bertanding Bebas.

Semuanya Kerana Cita-Cita Anwar!

Sama ada gimik, helah dan trend atau memang sudah 'kepupusan' calon, yang pasti ramai penyandang atau bekas calon pakatan pembangkang yang dipindahkan ke kerusi Parlimen negeri lain pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Nik Aziz : Ahli UMNO Tiada Ganjaran Pahala Di Dunia!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan angkuh mempertahankan 'fatwanya' sebelum ini bahawa solat orang UMNO tidak mendapat sebarang pahala kerana parti itu kononnya menolak Islam.

Nik Abdul Aziz menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperolehi sebarang ganjaran pahala.

Penentu Kemenangan Parti...

Seluruh 460,000 guru termasuklah 9,183 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara diyakini rasional dan tidak dipengaruhi sentimen peribadi dalam membuat keputusan soal memilih kepemimpinan kerajaan.

Sambil menyifatkan sikap sedemikian penting bagi memastikan segala perancangan pendidikan yang dirangka dapat diteruskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu perlu dinilai sebaik-baiknya oleh golongan guru demi masa depan anak bangsa pada masa depan.

Malah, tegas beliau, memang menjadi sasaran kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menjadikan Malaysia negara maju yang tentu sekali untuk menjayakannya memerlukan kepimpinan yang berpengalaman dan mahir menguruskan negara.

DAP Buat Hal Lagi...

Sikap pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering tidak 'sebulu' dengan program-program pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan hanya akan merugikan rakyat.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, program-program yang dibuat itu bertujuan membantu dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, adalah mengecewakan sekiranya program-program seumpama itu tidak dapat direalisasi semata-mata mendapat tentangan daripada kerajaan negeri.

Terkini : Tarikh Pengundian Telah Diputuskan SPR!

PENGUMUMAN OLEH SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) :
Ini adalah pengumuman secara rasmi oleh SPR secara langsung 
di TV sebentar tadi.

Ini juga adalah angka-angka dan tarikh-tarikh penting 
yang diumumkan.

CD daftar pemilih akan mula dijual pada15 April 2013 dan buku 
akan dijual pada19 April 2013 di seluruh pejabat SPR.

PENAMAAN CALON - 20 APRIL 2013 (SABTU)
TARIKH UNDI AWAL - 30 APRIL 2013 (SELASA)
TARIKH MENGUNDI - 5 MEI 2013 (AHAD)

Selamat mengundi.. Pilihlah calon yang boleh memberikan 
kesejahteraan dan kebahagiaan kepada rakyat negara ini.. 
Pilihan terletak ditangan anda... 

Jangan lupa untuk undi BARISAN NASIONAL - 
BN For Better Nation

Panas : Pembangkang Bertelagah!

Gendang pilihan raya sudah dipalu tetapi parti-parti pembangkang masih bertelagah berhubung agihan kerusi sesama mereka yang hendak ditandingi. Keadaan bercelaru kerana masing-masing mempertahankan kawasan tertentu yang menjadi pilihan. 

Maka, janji kepada rakyat untuk menghebahkan nama bakal calon pembangkang bagi kawasan tertentu terpaksa ditangguhkan dan belum ada kesudahan.

Gunting Dalam Lipatan?

Minggu ini satu lagi debaran akan terjawab. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan juga hari pembuangan undi yang melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) . Penetapan dua hari penting itu juga akan menjawab segala persoalan mengenai jumlah hari berkempen. 

Adakah 10 hari atau 14 hari. Adakah kita akan mengundi pada 27 April atau selewat-lewatnya 4 Mei? Semuanya dijangka diketahui esok (10 April) apabila SPR mengadakan mesyuaratnya selepas pembubaran Dewan Rakyat dan DUN minggu lalu. Mungkin minggu ini juga akan diketahui sebahagian besar calon yang akan diturunkan pada PRU nanti terutama yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN).

Wajib Baca : Pasca Pembubaran Parlimen...


Dengan terbubarnya Parlimen, maka mengikut undang-undang pilihan raya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu.

Rakyat sesungguhnya memang sudah muak dengan perang politik yang tidak berkesudahan sejak 8 Mac 2008, yang mana menyaksikan pihak pembangkang buat pertama kalinya dapat menafikan majoriti dua pertiga yang dinikmati oleh kerajaan Barisan Nasional buat sekian lama. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen,Rabu lalu timbul pula syubhat baru.

Kongsi Perasaan : Luahan Hati Seorang Isteri...

Sejak tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV. Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit paha kiri, paha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan.