"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Saturday, 18 May 2013
Khairy Buat Kerja Gila!
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempelawa semua pihak termasuk pemimpin sayap pemuda parti-parti pembangkang untuk memberi sebarang idea dalam mengembalikan kerukunan serta perpaduan nasional.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kementerian yang diterajuinya itu bukan 'Kementerian Barisan Nasional (BN)' tetapi merupakan kementerian milik semua khususnya golongan belia.
"Sudah tiba masanya kita maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Jangan kita bertindak dengan membalas dendam kepada mana-mana pihak disebabkan hal yang lepas.
"Yang lepas itu lepas dan kita kena berdepan dengan masa depan," katanya seperti dipetik dalam laman Twitter miliknya hari ini.
Pakatan Pembangkang Semakin Keliru!
Pelantikan pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (HINDRAF), P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri, menunjukkan Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan lebih tinggi kepada kaum India.
Pengarah Strategik MIC S Vell Paari, berkata parti itu menyambut baik keputusan berkenaan yang membuktikan Perdana Menteri iltizam menunaikan janjinya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India.
Waytha sebelum ini pernah melemparkan tuduhan negatif terhadap PM (Perdana Menteri) dan Barisan Nasional (BN), tetapi hakikatnya PM bersedia mengetepikan semua itu.
Pengarah Strategik MIC S Vell Paari, berkata parti itu menyambut baik keputusan berkenaan yang membuktikan Perdana Menteri iltizam menunaikan janjinya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India.
Waytha sebelum ini pernah melemparkan tuduhan negatif terhadap PM (Perdana Menteri) dan Barisan Nasional (BN), tetapi hakikatnya PM bersedia mengetepikan semua itu.
Kit Siang Sudah Keterlaluan!
Penasihat DAP, Lim Kit Siang diingatkan supaya berhenti membakar sentimen kebencian kaum dengan melemparkan penghinaan terhadap kepemimpinan negara kerana perbuatan itu dilihat menyinggung perasaan serta mencabar kesabaran orang Melayu.
Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharudin Abdul Jabar menegaskan, tindakan keterlaluan Kit Siang dan pengikutnya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai syaitan dalam satu perhimpunan haram baru-baru ini dilihat memberi isyarat yang tidak baik kepada orang Melayu.
Menurut beliau, sebagai orang lama dalam politik, Kit Siang sepatutnya belajar daripada sejarah bagaimana tindak-tanduk satu kaum menghina kaum lain telah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku pada peristiwa 13 Mei 1969.
Taktik Baru Pembangkang Dikenalpasti...
Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan isu penyebaran berita palsu melalui laman sosial mengenai kenaikan harga barang oleh pembangkang termasuk yang dikaitkan dengan peranannya sendiri sebagai satu perkara remeh.
Beliau yang bagaimanapun tidak menafikan dakwaan itu berkata, isu yang dianggap sebagai cubaan menghasut dan membangkitkan kemarahan rakyat itu tidak perlu 'digembar-gemburkan' kerana baginya, lebih banyak isu besar yang perlu diselesaikan ketika ini.
"Tak payah cakaplah pasal tu (penipuan kenaikan harga barang). Saya banyak benda lain lagi nak handle. Sebab apa nak highlight (ketengahkan) benda kecil macam tu?