Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 17 April 2013

Panas : Mustafa Ali Tutup Malu Cara Kotor!


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus mengecam UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan berkaitan video seks yang dikatakan mirip beliau, sebaliknya dalam soal tragedi 13 Mei.


Mustafa mendakwa, UMNO dan BN menggunakan sentimen 13 Mei itu untuk menggugut rakyat, kononnya akan berlaku rusuhan jika pakatan pembangkang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, ia bersandarkan bukti apabila berlaku tragedi 13 Mei pada tahun 1969, semua negeri ditadbir kerajaan BN berhadapan rusuhan kaum, kecuali di Kelantan yang ditadbir Pas.


"Tahun 1968, Kelantan di perintah oleh Pas. Melayu ada, Cina ada, India pun ada tetapi tidak ada satu orang pun yang dicederakan. Ertinya kami (Pas) memperjuangkan Islam dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga semua kaum," katanya dalam ceramah 'bidan terjun' di sebuah hotel di Taman AST, dekat sini malam tadi.


Majlis yang dihadiri Mustafa itu sepatutnya untuk mengumumkan calon-calon pakatan pembangkang Negeri Sembilan tetapi bertukar kepada ceramah selepas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal memuktamadkan calon masing-masing sehingga sekarang.


Selepas membidas UMNO dan BN, Mustafa kelihatan tenang seperti tidak ada apa-apa berlaku, malah tidak pula mempertahankan isu video yang didakwa membabitkan diri beliau dan tersebar dalam banyak blog di negara ini.


Dalam pada itu calon Pas di Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia tidak akan menarik diri daripada bertanding walaupun berhadapan sokongan tidak pasti ahli Pas, selain disahkan berhadapan calon berpengalaman BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.


"Saya tidak nampak sengitnya pertembungan ini. Ada masa turun dan naik. Saya tidak akan menarik diri dan akan terus bertanding. Terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kelak," kata penyanyi era-90an itu. 


Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...