Darahsatriadotcom

Friday, 22 March 2013

Ayuh! Teruskan Perjuangan.. Perjuangan Belum Selesai...



Hanya yang cekal dan tabah akan dapat membina bangsanya yang berjaya...


Wajib Tahu : Demi Keamanan Sabah!


Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.

Nasihat Orang Lama : Usah Pertikai Perjuangan Rakan Seagama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar sikap segelintir orang Islam yang mempertikaikan perjuangan rakan seagama mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan agama.

Beliau berkata, Islam sepatutnya perlu diselamatkan oleh penganut agamanya sendiri dengan masing-masing berpegang teguh dengan ajaran tersebut.

Namun jelasnya, keadaan itu tidak berlaku malah taraf kematian pejuang Islam terbabit pun mahu dipertikaikan sama ada mereka mati syahid atau sebaliknya.

Gempar : Hati-Hati Warga Kajang... Agenda Tangan Asing Telah Menyusup Masuk..

Sedarlah wahai warga Kajang, Selangor... Logo 'Tangan Asing' telah digunakan bagi menyusup masuk ke kawasan anda seperti mana yang telah didedahkan sebelum ini.



Breaking News!! Demi Menegakkan Kebenaran @PapaGomo Dipukul...


 
Hari ini, Utusan Malaysia telah mendedahkan wajah seorang individu yang disyaki pengendali blog PapaGomo berikutan pendedahan video liwat Anwar Ibrahim dengan pelajar yang berasal dari Sabah oleh blog tersebut. 

Pendedahan : Makin Terbongkar.... Datuk Eskay Diumpan Buat 'U Turn'

Pendedahan Tan Sri Rahim Tamby Chik tentang cubaan memujuk Datuk Eskay membuat pusingan-U tentang video China Doll Anwar Ibrahim.


Hina Pasukan Keselamatan.. Tidak Layak Jadi Warganegara - Musa




Mereka yang memperlekeh atau menghina anggota pasukan keselamatan yang menjaga keamanan dan keselamatan negara sewajarnya tidak layak menjadi warganegara Malaysia.


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan menghina atau memperlekehkan anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban demi negara menunjukkan seseorang itu tidak menghormati kedaulatan negara ini. 

Apa Nak Jadi.. Sekali Lagi Nurul Izzah Hina Pasukan Polis


Pada 20 Mac 2013, dalam sebuah ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekali lagi telah menyelar PDRM dengan berkata pihak polis tiada kerja lain selain mengintip pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mari Lihat : Temuramah Anwar Dengan BFM Radio..

BFM Radio menemuramah DS Anwar Ibrahim secara 'live' and wartawan bertanya tentang seksualiti Anwar. Tanpa menjawab, Anwar terus putar belit dan menyalahkan UMNO/BN.

DJ BFM Noelle Lim menemuramah DS Anwar Ibrahim dan bertanyakan soalan berhubung seksualiti beliau.

 

Panas : Tian Chua Buat Hal Lagi...



Tian Chua tak hirau prosiding mahkamah dan kemarahan rakyat, terus tuduh konspirasi UMNO

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Terbongkar : Bagaimana Kiram Memperkuatkan Pengaruhnya...



Dalam usaha mendekati masyarakat di negeri ini, ketua kumpulan pengganas, Jamalul Kiram III dilaporkan sering datang ke Sabah sebelum kejadian pencerobohan awal Februari lalu.


Selain bertemu dengan sanak-saudara di sini, Jamalul Kiram juga dikatakan turut menyampaikan pingat kebesaran yang didakwa daripada Kesultanan Sulu kepada rakyat di negeri ini bagi menguatkan pengaruhnya.


Menurut sumber, satu upacara juga pernah diadakan di sebuah pusat peranginan terkemuka di Kota Kinabalu dan kos untuk mendapat pingat ini juga agak mahal sehingga ada yang mencecah RM30,000.


"Penerimanya pula ialah rakyat Malaysia sama ada dari Sabah atau Semenanjung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Dalam pada itu beliau berkata, bagi meyakinkan dalang-dalang dalam pencerobohan terlibat khususnya penduduk tempatan, mereka telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan.


Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd

Lahad Datu : Pengganas Wanita Sembunyi Di dalam Paya!



Lahad Datu: Pengganas wanita yang ditahan ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini, kelmarin, ditemui dalam keadaan lemah dipercayai terputus bekalan makanan sejak dua minggu lalu.

Wanita berusia 40-an itu juga mengaku tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertempur dan hanya bersembunyi dalam paya sambil mendengar pergerakan pasukan keselamatan.

Panas : Benarkah Pengganas Di Lahad Datu Diupah?



Tawau: Seorang rakyat Filipina memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam dia dibayar untuk menyertai kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu pada awal Februari lalu.

“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau.