Hanya yang cekal dan tabah akan dapat membina bangsanya yang berjaya...
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 22 March 2013
Wajib Tahu : Demi Keamanan Sabah!
Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas
Timur Sabah (ESSCOM) akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga
komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi
membanteras ancaman pengganas.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.
Nasihat Orang Lama : Usah Pertikai Perjuangan Rakan Seagama
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad menyelar sikap segelintir orang Islam yang mempertikaikan
perjuangan rakan seagama mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan
agama.
Beliau berkata, Islam sepatutnya
perlu diselamatkan oleh penganut agamanya sendiri dengan masing-masing
berpegang teguh dengan ajaran tersebut.
Namun jelasnya, keadaan itu tidak
berlaku malah taraf kematian pejuang Islam terbabit pun mahu dipertikaikan sama
ada mereka mati syahid atau sebaliknya.
Gempar : Hati-Hati Warga Kajang... Agenda Tangan Asing Telah Menyusup Masuk..
Sedarlah wahai warga Kajang, Selangor... Logo 'Tangan Asing' telah digunakan bagi menyusup masuk ke kawasan anda seperti mana yang telah didedahkan sebelum ini.
Breaking News!! Demi Menegakkan Kebenaran @PapaGomo Dipukul...
Hari ini, Utusan Malaysia telah
mendedahkan wajah seorang individu yang disyaki pengendali blog PapaGomo
berikutan pendedahan video liwat Anwar Ibrahim dengan pelajar yang berasal dari
Sabah oleh blog tersebut.
Pendedahan : Makin Terbongkar.... Datuk Eskay Diumpan Buat 'U Turn'
Pendedahan Tan Sri Rahim Tamby Chik tentang cubaan memujuk Datuk Eskay membuat pusingan-U tentang video China Doll Anwar Ibrahim.
Hina Pasukan Keselamatan.. Tidak Layak Jadi Warganegara - Musa
Mereka yang memperlekeh atau
menghina anggota pasukan keselamatan yang menjaga keamanan dan keselamatan
negara sewajarnya tidak layak menjadi warganegara Malaysia.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hassan berkata, tindakan menghina atau memperlekehkan anggota pasukan
keselamatan yang sanggup berkorban demi negara menunjukkan seseorang itu tidak
menghormati kedaulatan negara ini.
Apa Nak Jadi.. Sekali Lagi Nurul Izzah Hina Pasukan Polis
Pada 20 Mac 2013,
dalam sebuah ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Timbalan
Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekali lagi telah menyelar PDRM dengan berkata
pihak polis tiada kerja lain selain mengintip pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Mari Lihat : Temuramah Anwar Dengan BFM Radio..
BFM Radio menemuramah DS Anwar
Ibrahim secara 'live' and wartawan bertanya tentang seksualiti Anwar.
Tanpa menjawab, Anwar terus putar belit dan menyalahkan UMNO/BN.
DJ BFM Noelle Lim menemuramah DS Anwar Ibrahim dan bertanyakan soalan berhubung seksualiti beliau.
DJ BFM Noelle Lim menemuramah DS Anwar Ibrahim dan bertanyakan soalan berhubung seksualiti beliau.
Panas : Tian Chua Buat Hal Lagi...
Tian Chua
tak hirau prosiding mahkamah dan kemarahan rakyat, terus tuduh konspirasi UMNO
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan
rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila
terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu
sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Terbaru, tohmahan secara terbuka
Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan
pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.
Terbongkar : Bagaimana Kiram Memperkuatkan Pengaruhnya...
Dalam usaha mendekati masyarakat di
negeri ini, ketua kumpulan pengganas, Jamalul Kiram III dilaporkan sering
datang ke Sabah sebelum kejadian pencerobohan awal Februari lalu.
Selain bertemu dengan sanak-saudara
di sini, Jamalul Kiram juga dikatakan turut menyampaikan pingat kebesaran yang
didakwa daripada Kesultanan Sulu kepada rakyat di negeri ini bagi menguatkan
pengaruhnya.
Menurut sumber, satu upacara juga
pernah diadakan di sebuah pusat peranginan terkemuka di Kota Kinabalu dan kos
untuk mendapat pingat ini juga agak mahal sehingga ada yang mencecah RM30,000.
"Penerimanya pula ialah rakyat
Malaysia sama ada dari Sabah atau Semenanjung," katanya ketika ditemui di
sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, bagi
meyakinkan dalang-dalang dalam pencerobohan terlibat khususnya penduduk
tempatan, mereka telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan.
Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd
Lahad Datu : Pengganas Wanita Sembunyi Di dalam Paya!
Lahad Datu: Pengganas wanita yang
ditahan ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu
dekat sini, kelmarin, ditemui dalam keadaan lemah dipercayai terputus bekalan
makanan sejak dua minggu lalu.
Wanita berusia 40-an itu juga mengaku tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertempur dan hanya bersembunyi dalam paya sambil mendengar pergerakan pasukan keselamatan.
Wanita berusia 40-an itu juga mengaku tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertempur dan hanya bersembunyi dalam paya sambil mendengar pergerakan pasukan keselamatan.
Panas : Benarkah Pengganas Di Lahad Datu Diupah?
Tawau: Seorang rakyat Filipina memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam dia
dibayar untuk menyertai kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu pada awal
Februari lalu.
“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau.
“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau.
Subscribe to:
Posts (Atom)