Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Monday, 1 April 2013
'Kubur' Buat Kit Siang…
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya
umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP
Lim Kit Siang.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
Tuntutan Bernafsu Jamalul Kiram III…
Akhbar di Filipina pada 25 Mac lalu
melaporkan kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutan ke atas Sabah.
Kemungkinan itu dibayangkan oleh Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima
susulan arahan Presiden, Benigno Aquino III untuk meneliti kesahihan tuntutan
Jamalul Kiram III terhadap negeri berkenaan.
Yang menjadi persoalan, apakah
Filipina berhak menuntut Sabah menerusi Jamalul Kiram III? Soalan itu
dicetuskan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM), FAKHRUL AZMAN ABU BAKAR dalam pertemuan bersama wartawan
Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurugambar, SAFIYANA SALIM di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Penasihat Biro Antarabangsa IKIAM,
Datuk Sulaiman Ibrahim turut hadir dalam pertemuan tersebut.
Analisis : Percaturan Politik Pembangkang...
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan sahaja menjadi medan kepada pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk berusaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Malahan ia juga dikatakan menjadi
gelanggang kepada pemimpin dan kelompok tertentu dalam parti masing-masing
untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka.
Mungkin seperti biasa pembangkang
akan menafikan semua dakwaan ini dan menggangap ia satu propaganda bagi
memburuk-burukkan mereka.
Sama ada PKR, DAP mahupun Pas, tidak
boleh menafikan sebagai parti politik, mereka tidak akan terlepas daripada
perebutan kuasa dan usaha memperkembangkan pengaruh.
Durian Runtuh Buat Pemandu Teksi...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada Ahad mengumumkan pemberian lesen teksi individu kepada 1,000 pemandu
teksi terpilih sempena Majlis Janji Ditepati bertempat di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Najib berkata selain membolehkan pemandu teksi beroperasi sendiri, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) akan memberikan geran RM5,000 kepada pemegang lesen individu terbabit untuk membeli kereta Proton Exora.
Najib berkata selain membolehkan pemandu teksi beroperasi sendiri, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) akan memberikan geran RM5,000 kepada pemegang lesen individu terbabit untuk membeli kereta Proton Exora.
Adakah Kita Masih Perlukan Perubahan?
Kenyataan PM bahawa beliau yakin BN akan menang 2/3 majoriti PRU13 mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara akan terus aman. Di samping itu juga rakyat akan terus menikmati kemakmuran ekonomi dan pembangunan berterusan.
Dedah : Komplot Ganggu PRU Ke-13
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan beberapa rancangan jahat oleh parti politik tertentu bagi mengganggu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, termasuk sengaja mencetuskan ketegangan dengan pegawai SPR.
Parti itu akan menggunakan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bertumpu di kawasan panas beberapa negeri
tertentu bagi menangguhkan pilihan raya di kawasan yang sukar mereka menangi.
Kumpulan ini akan mempertikaikan
kertas undi yang diberikan pegawai SPR nanti. Mereka merancang tidak akan
menerima kertas undi yang berikan secara turutan, sebaliknya meminta kertas
undi lain. Jika tidak diberikan mereka akan menimbulkan suasana tegang di
situ,” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR
Lim Guan Eng Diusir?
Disebalik kekecohan mengenai silap
kira dan silap taip, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan
kesediaan meninggalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih pada
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Setiausaha Agung DAP itu sedia berpindah tanpa
syarat (yang ditetapkan BN) ke DUN Padang Kota, kerusi yang pernah dimenangi
bapanya, Lim Kit Siang. Bagaimanapun, perpindahan itu juga bergantung kepada
sama ada Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bertanding di
kawasan itu.
Semasa penghijrahan pada 1986, Kit
Siang menang di DUN Kampung Kolam.
Beliau kemudian melompat ke Padang Kota
(1990) untuk mencabar Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu dan menang. Dalam
lompatan ketiga pada 1995, beliau terkandas di Tanjong Bunga dalam misi untuk
mencipta rekod menumbangkan seorang lagi Ketua Menteri, Dr. Koh Tsu Koon.
Begitu juga pada 1999, beliau sekali lagi tewas kepada BN, di DUN Kebun Bunga.
Akhirnya Kit Siang angkat kaki ke Perak dan tukaran akan datang ialah di Johor.
Kini giliran anaknya pula, Guan Eng
membuat lompatan bagi menguji orang kuat BN di Pulau Pinang iaitu Chang Yeow.
Bekas Exco Kerajaan Negeri itu mempunyai rekod empat kali bertanding di Padang
Kota dan menang dalam tiga PRU. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Guan
Eng menyatakan kesediaan untuk mencabar Pengerusi BN Pulau Pinang itu,
seolah-olah sudah menjadi misi DAP untuk menghapuskan setiap pemimpin utama BN
di negeri itu secepat mungkin.
Inikah Keadilan Untuk Rakyat?
Setakat ini, kerajaan pusat sudah mengeluarkan dana sebanyak RM720 juta untuk menampung masalah air Selangor .
Kebebasan Media Ala Pakatan Pembangkang...
Senario
pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media
komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan
tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu
tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan
mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini
yang amat perlu dipelihara dan dijaga.
Namun
masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan
oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan
peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.
Satu Analisis : Benarkah Janji Pembangkang Sekadar Omong Kosong?
Melihat poster yang menggandingkan dua Ahli Parlimen, Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang), dengan slogan 'Harga Minyak Turun', ramai hanya mampu tersenyum sinis kerana teringat kata-kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim - Manifesto Bukan Janji.
Bagaimanapun, kita perlu bersikap
adil terhadap slogan 'Harga Minyak Turun' yang dijanjikan kedua-dua Ahli
Parlimen ini di hampir semua tempat strategik di daerah Gombak dan Ampang,
walaupun tidak dinyatakan berapa kadar penurunannya… kerana satu sen pun
bermakna turun juga harga.