Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 1 April 2013

'Kubur' Buat Kit Siang…

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

Khas Buatmu Perwira Negara...


Tuntutan Bernafsu Jamalul Kiram III…

Akhbar di Filipina pada 25 Mac lalu melaporkan kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutan ke atas Sabah. Kemungkinan itu dibayangkan oleh Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima susulan arahan Presiden, Benigno Aquino III untuk meneliti kesahihan tuntutan Jamalul Kiram III terhadap negeri berkenaan.

Yang menjadi persoalan, apakah Filipina berhak menuntut Sabah menerusi Jamalul Kiram III? Soalan itu dicetuskan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), FAKHRUL AZMAN ABU BAKAR dalam pertemuan bersama wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurugambar, SAFIYANA SALIM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Penasihat Biro Antarabangsa IKIAM, Datuk Sulaiman Ibrahim turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Analisis : Percaturan Politik Pembangkang...


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan sahaja menjadi medan kepada pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk berusaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malahan ia juga dikatakan menjadi gelanggang kepada pemimpin dan kelompok tertentu dalam parti masing-masing untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka.
Mungkin seperti biasa pembangkang akan menafikan semua dakwaan ini dan menggangap ia satu propaganda bagi memburuk-burukkan mereka.

Sama ada PKR, DAP mahupun Pas, tidak boleh menafikan sebagai parti politik, mereka tidak akan terlepas daripada perebutan kuasa dan usaha memperkembangkan pengaruh.

Durian Runtuh Buat Pemandu Teksi...



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian lesen teksi individu kepada 1,000 pemandu teksi terpilih sempena Majlis Janji Ditepati bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib berkata selain membolehkan pemandu teksi beroperasi sendiri, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) akan memberikan geran RM5,000 kepada pemegang lesen individu terbabit untuk membeli kereta Proton Exora.

Adakah Kita Masih Perlukan Perubahan?


Kenyataan PM bahawa beliau yakin BN akan menang 2/3 majoriti PRU13 mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara akan terus aman. Di samping itu juga rakyat akan terus menikmati kemakmuran ekonomi dan pembangunan berterusan.

Dedah : Komplot Ganggu PRU Ke-13


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan beberapa rancangan jahat oleh parti politik tertentu bagi mengganggu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, termasuk sengaja mencetuskan ketegangan dengan pegawai SPR.

Parti itu akan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bertumpu di kawasan panas beberapa negeri tertentu bagi menangguhkan pilihan raya di kawasan yang sukar mereka menangi.

Kumpulan ini akan mempertikaikan kertas undi yang diberikan pegawai SPR nanti. Mereka merancang tidak akan menerima kertas undi yang berikan secara turutan, sebaliknya meminta kertas undi lain. Jika tidak diberikan mereka akan menimbulkan suasana tegang di situ,” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Amanat Haji Hadi...


Lim Guan Eng Diusir?

Disebalik kekecohan mengenai silap kira dan silap taip, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan kesediaan meninggalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Setiausaha Agung DAP itu sedia berpindah tanpa syarat (yang ditetapkan BN) ke DUN Padang Kota, kerusi yang pernah dimenangi bapanya, Lim Kit Siang. Bagaimanapun, perpindahan itu juga bergantung kepada sama ada Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bertanding di kawasan itu.
Semasa penghijrahan pada 1986, Kit Siang menang di DUN Kampung Kolam. 

Beliau kemudian melompat ke Padang Kota (1990) untuk mencabar Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu dan menang. Dalam lompatan ketiga pada 1995, beliau terkandas di Tanjong Bunga dalam misi untuk mencipta rekod menumbangkan seorang lagi Ketua Menteri, Dr. Koh Tsu Koon. Begitu juga pada 1999, beliau sekali lagi tewas kepada BN, di DUN Kebun Bunga. Akhirnya Kit Siang angkat kaki ke Perak dan tukaran akan datang ialah di Johor.

Kini giliran anaknya pula, Guan Eng membuat lompatan bagi menguji orang kuat BN di Pulau Pinang iaitu Chang Yeow. Bekas Exco Kerajaan Negeri itu mempunyai rekod empat kali bertanding di Padang Kota dan menang dalam tiga PRU. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Guan Eng menyatakan kesediaan untuk mencabar Pengerusi BN Pulau Pinang itu, seolah-olah sudah menjadi misi DAP untuk menghapuskan setiap pemimpin utama BN di negeri itu secepat mungkin.

Inikah Keadilan Untuk Rakyat?


Setakat ini, kerajaan pusat sudah mengeluarkan dana sebanyak RM720 juta untuk menampung masalah air Selangor .

Kebebasan Media Ala Pakatan Pembangkang...

Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Satu Analisis : Benarkah Janji Pembangkang Sekadar Omong Kosong?


Melihat poster yang menggandingkan dua Ahli Parlimen, Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang), dengan slogan 'Harga Minyak Turun', ramai hanya mampu tersenyum sinis kerana teringat kata-kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim - Manifesto Bukan Janji.

Bagaimanapun, kita perlu bersikap adil terhadap slogan 'Harga Minyak Turun' yang dijanjikan kedua-dua Ahli Parlimen ini di hampir semua tempat strategik di daerah Gombak dan Ampang, walaupun tidak dinyatakan berapa kadar penurunannya… kerana satu sen pun bermakna turun juga harga.

Panas : PAS Mesti Keluar Pakatan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...