Usaha mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini bukan satu masalah besar, sekiranya masyarakat berbilang kaum tidak memperbesarkan titik perbezaan, sebaliknya mencari persamaan sebagai 'orang Malaysia'.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata walaupun berpegang kepada prinsip orang Malaysia, ia tidak mengikis dan menafikan identiti masyarakat berbilang kaum, yang ada di negara ini.
Katanya, tidak menjadi masalah bagi setiap individu negara ini untuk mengekalkan identiti kaum masing-masing, namun di peringkat nasional ataupun antarabangsa mereka perlu tampil sebagai orang Malaysia tanpa perlu ada jalur ektnik ataupun kaum.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Saturday, 29 June 2013
Imaginasi Anwar Sangat Melampau!
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla
menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai
imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri
meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.

Anwar Mewakili Parti Tidak Popular!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti yang
paling ditolak rakyat sekiranya pembangkang masih mahu menegakkan soal
undi popular bagi menentukan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berkata, perkara itu berikutan PKR hanya memenangi 30 kerusi Parlimen berbanding 99 kerusi yang ditandingi.
Jelasnya, prestasi PKR adalah amat buruk sekiranya dibandingkan DAP yang menang 38 kerusi berbanding 51 kerusi Parlimen yang ditandingi manakala Pas pula memenangi 21 kerusi daripada 73 kerusi.
"PKR kalah di 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, boleh kita katakan PKR adalah parti yang paling ditolak rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling tidak popular.

Pertembungan Getir Buat BN!
Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut
pastinya bakal merasai suasana sambutan Aidilfitri lebih awal atau
lebih panjang tahun ini, jika pilihan raya kecil (PRK) diadakan dalam
bulan Ramadan atau Syawal.
Kerusi DUN berkenaan ditakdirkan kosong semula hanya selepas lebih sebulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlalu apabila penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar,55, meninggal dunia pagi semalam dan PRK akan diadakan dalam temph 60 hari.
Seminggu sebelum meninggal, Allahyarham yang begitu disenangi penduduk masih meneruskan tugasan akhirnya dengan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri biarpun menyedari kesihatannya sudah cukup kritikal ketika itu namun disembunyi kepada umum.

Annuar Tempelak Anwar!
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, menempelak ketua
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berpada-pada ketika
menyerang kerajaan dan tidak bersifat talam dua muka hanya kerana berada
di pihak dan situasi berbeza.
Annuar menganggap ada tindakan Penasihat PKR itu menggambarkan masih tidak dapat menerima kenyataan kemenangan PRU-13 berpihak kepada BN.
Beliau berkata, perubahan ketua pembangkang begitu ketara sejak
berpindah tempat duduk dalam Dewan Rakyat, seolah-olah menjadi orang
lain walaupun sebenarnya rakyat boleh menilai setiap tindakan, sama ada
konsisten atau sebaliknya.
Annuar menganggap ada tindakan Penasihat PKR itu menggambarkan masih tidak dapat menerima kenyataan kemenangan PRU-13 berpihak kepada BN.
Aset DAP Dipindah Milik?
DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan
pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa
individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.
Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.