"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 15 March 2013
Wong Tak's U-Turn Angers Followers and Parties in Opposition Pact
DAP
is now playing the race card by fielding self proclaimed Himpunan Hijau
chairman Wong Tack, popularly known as arson Wong for his famous determination
to burn down the Lynas plant if Pakatan wins the 13th general election.
Operasi 'Sabah Nak Hilang', Antara Pendekatan Anwar Cetus Huru-Hara
Ketua pembangkang
Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan
impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan
menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah
menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.
Video Wajib Tonton
'Lahad Datu incident used as diversion'
Bodohnya, ‘Manila Standard Today’ Samakan Najib Dengan Slovodan Milosevic?
Atty.
Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk
Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di
Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih
orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri
dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein.
Lahad Datu : Luahan Hati Mantan Aktivis Pelajar
Saya ingin respon dan menyatakan pandangan peribadi saya mengenai PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.
Melihatkan kepada peristiwa yang telah menggemparkan Malaysia ini dan telah mengorbankan 10 orang pasukan keselamatan negara membuatkan saya terfikir sejenak, membuatkan saya menilai masyarakat di sekeliling saya terutamanya di media sosial ini juga di alam nyata bahawa mereka mula buka mata dan sedar akan kepentingan pasukan PDRM,ATM seterusnya pasukan keselamatan negara yang lain.
Jumlah Masjid Pas Bina di Kelantan Bukti Canggah Sunnah Nabi
PAS yang bangga dengan gelaran Islam pada partinya, sanggup putarbelit fakta sirah nabawiyyah dengan mengatakan tidak mengapa masjid tidak dibina dengan jumlah yang banyak di Kelantan. Sedangkan jelas dalam sirah Nabi kita sangat pentingkan pembinaan masjid. Lantaran itu perkara pertama dilakukan di Madinah ialah mendirikan masjid. Sedangkan PAS menyatakan sebaliknya.
Anwar Bapa Sandiwara Malaysia
Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR. Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.
Mat Sabu Pertahan Tindakan Tian Chua?
Ketika kemarahan orang ramai terhadap kebidapan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan isu
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah terus memuncak, Timbalan Presiden Pas,
Mohamad Sabu, walau bagaimanapun bangkit mempertahankan tindakan rakan
sekutunya itu.
Sultan Kelantan ziarah keluarga Ahmad Hurairah
SULTAN Muhammad V
bertanyakan perkembangan semasa peristiwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu
kepada Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua
Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman selepas majlis tahlil Allahyarham
Koperal Ahmad Hurairah, di kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, Kelantan malam
tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)