Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMcedel), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menafikan dakwaan
bahawa kononnya beliau merupakan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM itu
menolak dakwaan beberapa blogger dalam laman media sosial kononnya
beliau merupakan sahabat baik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
itu.
"Mereka ungkit saya kenal Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar
pada tahun 1970-an. (Datuk Seri Dr. Ahmad) Zahid Hamidi dan (Tun) Dr.
Mahathir (Mohamad) baik dan kenal dengan Anwar lebih lama.
"Kalau
setengah tu jumpa Anwar cium tangan. Saya boleh kira menteri jumpa
Anwar cium tangan. Saya tak pernah cium tangan Anwar," katanya.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 21 February 2014
Kajang Penentu Masa Depan Negara...
Cakap-cakap banyak pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jadi Perdana
Menteri menerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Mereka
percaya ini adalah peluang paling hampir untuk Anwar menjadikan
cita-citanya itu satu kenyataan.
Dalam bahasa mudah, kalau Anwar menang pilihan raya kecil kerusi tersebut yang akan berlangsung pada 23 Mac ini, peluang untuk menjadi Perdana Menteri akan terbuka luas. Kepercayaan ini juga yang mungkin mendorong Anwar untuk melakukan apa sahaja asalkan dapat menjadikan dirinya calon di kawasan itu.
Usaha ini termasuklah "mengarahkan" penyandang kerusi tersebut, Lee Chin Cheh melupakan janji yang ditabur dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul terhadap penduduk yang telah mengundinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)