Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan masanya untuk memfitnah atau
memburuk-burukkan peribadi seseorang, tetapi ruang bagi setiap parti
mengetengahkan dasar parti untuk mentabir negara ke arah kemajuan.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata untuk itu,
tempoh berkempen yang diberikan kepada parti yang bertanding perlu
dimanfaatkan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan.
Rakyat juga perlu membuat perbandingan bijak dalam memastikan sama ada
polisi Barisan Nasional (BN) atau parti pakatan pembangkang yang layak
diberi sokongan menerajui kepimpinan di peringkat pusat dan negeri pada
PRU13, katanya yang juga Ketua Pemuda MCA.
Umat Islam terutama di Kedah dinasihatkan memilih Umno dan Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menyelamatkan
agama Islam di negara ini, menurut seorang pengasas pondok di daerah
Padang Terap.
Pengasas Pondok Ahmadiah Padang Nyior, Ahmad Muhamad Nor, 86, yang
sebelum ini tidak berpihak kepada mana-mana parti politik berkata
berbeza dengan dakwaan beberapa pemimpin parti PAS, pemimpin BN yang
beragama Islam sejak dulu turut sama memperjuangkan dan menegakkan Islam
di negara ini.
Pilihan raya sepatutnya mengingatkan kita pada cerita-cerita teladan
dalam sastera lisan orang Melayu. Dalam cerita jenaka Melayu, terdapat
watak-watak seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Nujum Pak
Belalang dan Si Luncai yang sama ada bodoh, cerdik atau penuh muslihat –
diceritakan dengan penuh jenaka tapi tebal dengan sindiran.
Pak
Pandir begitu bebalnya hingga tidak tahu membezakan air panas mendidih
dan rapuhnya ranting. Pak Kadok menukar ayam sabungnya dengan ayam raja
tetapi apabila ayam raja menang, dia bersorak hingga bertelanjang bulat.
Lebai Malang jujur tetapi tidak cerdik. Pak Belalang cerminan klasik
manusia yang mencapai kedudukan tinggi berbekalkan hanya air liur dan
muslihat. Si Luncai nampak hodoh tetapi otaknya bergeliga.
Tumpuan luar biasa Pakatan Rakyat di Johor, Sarawak dan juga Sabah dalam usaha mereka untuk memecahkan kubu kebal Barisan Nasional dilihat akan memakan diri. Ramai sedia maklum bahawa ketiga-tiga negeri ini telah lama menjadi “simpanan tetap” Barisan Nasional dalam setiap Pilihan Raya Umum.
Langkah meletakkan nama besar seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah Johor jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berniat untuk memecahkan dominasi Barisan Nasional di sana.