Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lain hanyalah
'Parti Keanwaran' kerana perjuangannya tertumpu kepada kepentingan
pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya,
kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Mahathir berkata, PKR ditubuhkan bukan atas perjuangan ideologi
atau kepentingan bangsa dan agama tetapi lebih sebagai jentera untuk
merealisasikan cita-cita Ketua Pembangkang itu menjadi Perdana Menteri.
Katanya, penggunaan perkataan 'keadilan' dalam PKR adalah tidak
sesuai memandangkan Anwar sendiri tidak berlaku adil apabila cuba
mengelak daripada dibicarakan di mahkamah.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Monday, 17 February 2014
PRK Kajang Uji Keikhlasan Pengundi Cina Kepada BN...
Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang,
tidak mungkin diadakan dalam skala yang kecil. Seperti PRK yang lain
sebelum ini, ia akan menjadi pilihan raya 'besar' dan mempunyai
implikasi politik yang besar kepada parti yang bertanding.
Lebih besar perhatian diberikan kepada PRK DUN Kajang ini, lebih besarlah jadinya pilihan raya ini. Lebih tinggi kedudukan calon yang diletakkan bertanding di kawasan itu, lebih tinggilah perhatian yang diberikan kepada PRK itu.
Tidak kira siapa atau parti mana yang bertanding sama ada mewakili Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, kedua-dua pihak perlu sedia menghadapi sebarang implikasi politik terhadap parti masing-masing. Implikasi yang lebih besar adalah kepada parti pembangkang yang kini mentadbir Selangor yang menjadi gelanggang PRK kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)