"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Monday, 15 April 2013
Pendedahan : PAS Semakin Terdesak...
Tindakan PAS mempolitikkan kunjungan Datuk Seri Najib Razak ke Masjid
Jamek Sri Petaling, membuktikan kedangkalan pemikiran
pemimpin parti yang semakin terdesak.
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, tindakan mempolitikkan
kunjungan Najib ke masjid yang sinonim dengan pergerakan tabligh itu
membuktikan PAS ketakutan dengan keterbukaan ditunjukkan Perdana Menteri.
Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri beragama Islam ia bukanlah satu masalah
kepada pemimpin negara untuk berbuat demikian apatah lagi agama Islam bukannya
hak eksklusif PAS.
Gerakan DAP, Kuburkan Melayu!
Sejak kecil sehingga sekarang, saya tidak faham kenapa DAP menggunakan roket sebagai lambang partinya, walaupun secara jujur saya mengaku pernah membantu ayah memasang bendera parti pembangkang berkenaan ketika masih bersekolah rendah.
Saya juga tidak memahami sepenuhnya mengapa ayah saya begitu marah dengan kerajaan ketika itu sehingga sanggup memasang bendera berlambangkan roket itu di hadapan rumah kami.
Musibah Buat Pakatan Rakyat! Tuhan Tunjukkan Kebenaran...
Kerapuhan pakatan pembangkang antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang hanya diwujudkan atas dasar semata-mata mahu mengalahkan Barisan Nasional (BN) semakin jelas apabila sehingga ke hari ini, mereka masih gagal memuktamadkan pembahagian kerusi.
Walaupun pakatan itu sering kali mendabik dada bahawa kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih peranan BN mentadbir negara, kemelut pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan membuktikan pembangkang tidak boleh diletak harapan oleh rakyat.
Pendedahan : Gabungan Pakatan Pembangkang Hanya Sandiwara!
Perebutan kerusi antara Pas, PKR dan DAP dalam meletakkan calon masing-masing di beberapa kawasan jelas memperlihatkan pakatan pembangkang hanya bersatu atas kertas dan bukan seperti yang diuar-uar para pemimpin mereka selama ini.
Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, situasi ini jelas membuktikan sikap sebenar mereka yang tidak boleh mentadbir bersama seperti yang dicanang dalam siri jelajah dan ceramah yang dibuat seluruh negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)