Penulis blog Al-Azhari Siddiq (www.al- azharrisiddiq.com) mendakwa
telah bertemu dengan beberapa ahli Parlimen UMNO dan terkejut kerana ada
kalangan mereka melihat kemasukan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
Barisan Nasional (BN) sebagai sesuatu yang positif.
Katanya, antara alasan yang ahli Parlimen berkenaan berikan ialah
kemasukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kerajaan akan menambah
kekuatan BN di dalam Parlimen.
Ia bertolak daripada kenyataan Anwar kononnya Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak mempelawa beliau untuk bergabung dengan UMNO bagi
menubuhkan kerajaan perpaduan. Bagaimanapun ia kemudian dinafikan oleh
Pejabat Perdana Menteri.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Friday, 23 August 2013
Situasi Cukup Menyayat Hati...
Pasukan bomba dan penyelamat yang terawal tiba di
lokasi kejadian nahas bas ulang-alik di Genting Highlands semalam
memberitahu mereka nampak sebahagian besar penumpang dalam keadaan
bertindih antara satu sama lain.
Malah, situasi itu cukup menyayat hati apabila kebanyakan daripada mangsa tidak sedar diri dan ada di antaranya sudah meninggal dunia.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, M. Mahendran bersama sembilan anggotanya menjadi pasukan penyelamat pertama tiba di lokasi kejadian sejurus mendapat laporan kemalangan itu petang semalam.
Menurutnya, sebaik sahaja dia dan pasukannya turun ke gaung menggunakan tali, penglihatannya hanya tertumpu kepada mangsa yang berada di dalam bas serta mangsa yang terhumban keluar.

Kor Ming Cauvinis, Rasis!
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir membidas Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming kerana bersikap amat cauvinis dan rasis apabila menuduhnya cuba membalas dendam terhadap kaum Cina di negeri itu.
Zambry berkata, kenyataan Kor Ming bahawa beliau mengutip semula cukai tanah ke atas sembilan sekolah sumbangan wang awam (Suwa) yang telah dikecualikan seperti disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini amat keterlaluan dan langsung tidak bertanggungjawab.
Macam mana dia boleh menuduh saya anti dan mahu balas dendam kepada orang Cina kerana tidak sokong Barisan Nasional (BN). Dia telah tunjukkan dia seorang yang rasis. Saya tidak pernah terfikir begitu pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)