PAS didakwa tidak pernah mempunyai niat untuk melaksanakan hukum hudud,
sebaliknya hanya memainkan isu itu untuk terus mengambil hati umat Islam
negara ini terutama penyokongnya.
Bekas Naib Presiden PAS,
Datuk Nakhaie Ahmad, berkata jika PAS benar-benar mahu melaksanakan
undang-undang berkenaan, sudah tentu parti itu sudah berusaha
membangunkannya di bawah kuasa kerajaan negeri yang dikuasai PAS,
termasuk prosedur kehakiman dan keterangan serta melantik hakim yang
layak.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Tuesday, 30 April 2013
DAP Kekalkan Perjuangan Cauvinis!
Tidak lama dulu akhbar tempatan heboh dengan satu majlis makan malam di
Hotel Red Rock Pulau Pinang anjuran Ahli Parlimen DAP dari Jelutong yang
dihadiri sekumpulan 35 orang paderi Kristian yang dikatakan berikrar
mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Dikatakan juga bahawa parti itu sudah bersetuju bekerjasama dengan pihak Kristian bagi menjayakan misi berkenaan dalam jangka masa 10 tahun.
Juga didedahkan perancangan mereka hendak mengkristiankan orang Melayu seperti yang sudah dilakukan di beberapa bandar di Sarawak termasuk Sibu dan Miri.

Monday, 29 April 2013
Bila 'Arab Spring' Jadi Panduan Berpolitik...
Politik penting. Tapi politik dalam keadaan apa sekalipun boleh sebabkan
pecah-belah. Yang berbeza hanyalah seburuk mana pecah-belah itu dan
sama ada jadi mudarat atau tidak.
Politik penting sebab ia adalah cara atau kaedah uruskan negara dan rakyat jelata. Asal usulnya daripada perkataan Greek politikos yang bermaksud mengenai rakyat, untuk rakyat atau berkaitan dengan rakyat.
Sejak 1955 lagi, iaitu apabila Pilihan Raya Majlis Perundangan Tanah Melayu diadakan, kita sudah pilih sistem demokrasi sebagai asas politik kita.

Ugutan DAP Satu Sandiwara...
Walaupun dibenarkan bertanding dan menggunakan simbol sendiri pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DAP masih mencanangkan semua calonnya
akan menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah serta
Sarawak jika simbol roket ditolak semasa pencalonan hari ini. Malah, DAP
sudah mendapatkan surat tauliah daripada PAS dan PKR untuk semua
calonnya.
Tindakan itu kononnya kerana DAP bimbang surat tauliah Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, kepada calon parti itu tidak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak diperakui Pendaftar Pertubuhan (ROS). Rabu lalu, ROS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf pemegang jawatan yang dibentuk selepas pemilihan CEC parti itu 15 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, ROS menyatakan pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada PRU-13. Malah, SPR sudah mengesahkan DAP boleh bertanding biarpun CEC parti itu tidak diiktiraf ROS. Dalam erti kata lain, tiada pihak yang menghalang calon DAP daripada bertanding menggunakan simbol roket dan tidak berbangkit isu parti itu terpaksa menggunakan simbol PAS atau PKR.

Sunday, 28 April 2013
Apa Dah Jadi Dengan Rafizi Ramli!
Permainan Kotor Pembangkang Terdedah!
Dua kejadian pusat kempen BN yang disabotaj dengan
letupan bom buatan sendiri amat membimbangkan kerana penyokong-penyokong
pembangkang mula bertindak ganas -- di luar batasan demokrasi.
Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya keputusan PRU13 kali ini tidak memihak kepada mereka.
Keamanan negara akan tergugat sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan.
Tindakan pembangkang menuduh letupan-letupan bom ini sebagai sandiwara BN sama seperti tindakan mereka menuduh tragedi pencerobohan Lahad Datu sebagai konspirasi BN & UMNO.
Sikap taksub dan buta hati yang ditunjukkan oleh penyokong pembangkang bakal memusnahkan negara ini sekiranya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

Rafizi Ramli Kantoi!
Tindakan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli
mendedahkan dua saman AES Datin Seri Rosmah Mansor bolehlah dianggap
sebagai tindakan terdesak seorang “crybaby” yang selama ini rajin
membuat pendedahan-pendedahan yang akhirnya memakan diri beliau sendiri.
Setelah disiasat, Rafizi Ramli sendiri ada 9 saman AES yang masih belum dibayar. Siasatan ke atas nama-nama Anwar Ibrahim, Wan Azizah & Azmin Ali juga menunjukkan bahawa majikan-majikan Rafizi ini juga ada banyak saman AES tertunggak yang masih belum dijelaskan.
Azmin Ali seorang sahaja sudah mengumpul sejumlah 48 saman!
Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim & Azmin Ali memang manusia-manusia yang boleh dijelaskan melalui pepatah Melayu “paku dulang, paku serpih ...”

Terkini : PAS Akan Keluar Pembangkang?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Pas
akan keluar daripada pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana
terdapat pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.
"(Mengenai) soal dasar, ada yang (mahu) tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud, hari ini perbahasan dalam suratkhabar jelas membuktikan pertembungan yang serius dan tidak ada sepakat (di antara mereka).
"Saya juga fikir dalam satu peringkat nanti (bila) begitu genting keadaannya, akhirnya Pas pun kata, kalau beginilah saya (Pas) terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.

Saturday, 27 April 2013
Anwar Gelisah! PAS Bakal Keluar Pakatan Pembangkang...

Strategi DAP Makan Diri!
KATA dulang, paku serpih, kata orang, sendiri yang lebih. Begitulah
slogan 'Ubah' yang digunakan oleh DAP bagi menghadapi pilihan raya kali
ini.
Parti pembangkang itu menyeru rakyat melakukan perubahan dengan memilih pakatan yang tidak pernah berdaftar atau pakatan haram iaitu Pakatan Rakyat untuk menjejak kaki ke Putrajaya.
Pakatan yang belum dapat menyelesaikan isu-isu pokok termasuk pelaksanaan hukum hudud itu menjanjikan bulan dan bintang jika diberi mandat oleh rakyat.

Anwar Ditolak Oleh DAP dan PAS!
DAP dan Pas tidak bersetuju untuk
menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana pembangkang sudah hilang
kepercayaan terhadap beliau.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, hal ini kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilingkari dengan pelbagai masalah peribadi, selain menjadi beban kepada pembangkang.
"Saya dengar baru-baru ini pun Pas tidak mahu Anwar, dia mahu (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang jadi Perdana Menteri. (Pengerusi DAP), Karpal Singh dan DAP akhir-akhir ini tak mahu juga kerana Ketua Pembangkang ini sudah jadi liabiliti, tidak popular macam dulu.

Friday, 26 April 2013
Perjuangan PAS Abstrak!
Manifesto Pas Kelantan yang bergantung sepenuhnya kepada 'jika
royalti dibayar' adalah satu perjuangan abstrak yang tiada harapan
malah, boleh jadi tidak akan terlaksana sama sekali.
Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Hassan Harun berkata,
atas sebab itulah Pas Kelantan tidak mampu mengeluarkan satu aku janji seperti dilakukan BN Kelantan.
Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Hassan Harun berkata,
atas sebab itulah Pas Kelantan tidak mampu mengeluarkan satu aku janji seperti dilakukan BN Kelantan.
Masih Relevankah Perjuangan PAS?
Perjuangan PAS kini telah jauh tersasar dari
arah tuju utama mereka. Segala usaha dan tekad mereka kini hanyalah
berkiblatkan tampuk pimpinan Putrajaya. Sekilas lipatan sejarah memperlihatkan
suatu ketika dahulu mereka cukup taksub dalam mentarbiyah ahli dan juga
memperjuangkan negara Islam.
Atas sebab itu juga penyokong-penyokong PAS
tidak gentar menghadapi apa sahaja rintangan. Malah suatu ketika dahulu, apa
sahaja yang dilakukan tidak langsung mengharap sebarang ganjaran. Suruhlah
mereka panjat pokok setinggi-tingginya untuk memasang bendera PAS, mereka akan
berebut-rebut untuk melakukannya.
Terserlah Taktik Kotor Pembangkang!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan
pembangkang seperti Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang
menggelarkan orang Melayu, Cina dan India yang menyokong BN sebagai
bodoh adalah taktik kotor sedangkan kempen pilihan raya sepatutnya
berlangsung dengan cara berhemah.
"Keghairahan pembangkang nampak lebih agresif macam esok sudah tiada lagi masa untuk mereka.
"Itu cara pembangkang, dia bukan sahaja boleh mengata orang, yang pandai semua dia sahaja...Bagi dia BN semuanya bodoh-bodoh, termasuk saya pun.

Anwar Semakin Kalut!
Kisah-kisah negatif lampau membabitkan bekas Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Muhammad Muhd. Taib terus diungkit pemimpin pakatan
pembangkang dengan terbaru oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam ucapannya di Felda Lepar Hilir 1 petang semalam, Anwar menceritakan beliau sendiri telah meminta beberapa pemimpin UMNO meletak jawatan ketika di tampuk kuasa dulu termasuk Muhammad kerana dakwanya, mempunyai skandal rasuah.

Thursday, 25 April 2013
Terserlah Tindakan Bodoh Nik Aziz!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran jelas
bahawa hudud kini menjadi perkara kedua dalam perjuangan parti itu
kerana keutamaan mereka sekarang adalah untuk membentuk kerajaan Pusat
dengan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Nik Abdul Aziz memberikan gambaran itu kepada wartawan di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.
Giliran Nurul Izzah Pula Meroyan!
Ekoran kehabisan modal untuk menarik minat orang ramai, Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terpaksa menjaja isu-isu
lapok dan basi ketika mengadakan ceramah politik di Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini malam tadi.
Selain membangkitkan semula isu National Feedlot Corporation (NFC)
yang telah menjadi kes mahkamah, anak Ketua Pembangkang itu juga terus
menabur janji untuk menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) jika pembangkang dapat merampas Putrajaya.
Terkini : Kredibiliti PAS Semakin Rosak...
Imej serta kredibiliti Pas sebagai parti yang dikatakan
memperjuangkan Islam semakin rosak apabila isu video seks dikaitkan
dengan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali tiada tindakan.
Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata,
sehingga kini Lajnah Tatatertib dan Majlis Syura Ulama parti itu hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan video
tersebut telah tersebar khususnya di internet.
Akhirnya, DAP Terima Islam!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan
DAP menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai
bukti parti tersebut menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Malah beliau menyifatkannya sebagai 'rezeki bergolek' kepada Pas yang
kini berpakat dengan parti tersebut dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
meskipun pada asasnya dasar perjuangan mereka berbeza.
Giliran Anwar Ditendang DAP!
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa DAP
telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka dibenar
menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Beliau berkata, bagaimanapun perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak
diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri Ketujuh
sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-13.
Wednesday, 24 April 2013
Terkini : Rupa-Rupanya Hadi Awang Pemburu Syaitan!
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa
bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai
usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke
dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.
Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala
kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang
untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Anwar Ligat Mencari Pelampung!
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr.
Mazlan Ismail menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai hipokrit apabila cuba menonjolkan dirinya
mempunyai hubungan erat dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd.
Salleh Man.
Mazlan berkata, Anwar sebelum ini menyerahkan kepada Mohd. Salleh
untuk berkempen bagi pihaknya di Permatang Pauh kerana yakin menang di
kerusi itu dan mahu menumpukan aktiviti kempen di tempat lain.
Pendedahan : Rupanya Husam Musa 'Tikus Ujian' PAS!
Sesetengah pihak melihat pencalonan dua Naib Presiden Pas, Datuk
Husam Musa ke Parlimen Putrajaya dan Salahuddin Ayub ke Pulai, Johor
merupakan kemuncak kepada keyakinan pucuk pimpinan Pas dalam usaha
mereka menawan Kerajaan Pusat. Hal ini boleh dilihat daripada kenyataan
kedua- dua calon berkenaan, yang menaruh keyakinan bahawa sokongan
mereka adalah mantap di kawasan Parlimen berkenaan.
Namun kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik di Parlimen
Pulai dan Putrajaya, tindakan (pencalonan kedua-duanya oleh Pas Pusat)
tidak lebih sekadar percubaan Pas dalam menguji kekuatan sebenar di luar
kubu tradisional mereka.
Semakin Ramai Buka Tembelang Anwar Ibrahim!
Saya memang salah seorang pengasas ABIM bersama kawan-kawan yang lain
seperti Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Zakaria Hashim, Datuk Kamarudin
Mohd Noor dan beberapa lagi. ABIM sebagai sebuah organisasi, sejak
tertubuhnya lagi berpegang kepada prinsip non partisan. Tetapi, ketika
Anwar menyertai UMNO dan berada dalam kerajaan, ABIM mengambil keputusan
menyokong beliau.
Kemudian, apabila dia disingkirkan daripada UMNO dan menubuh parti
sendiri, ABIM mengambil pendirian bersama dengan beliau dan mendokong
falsafah dan konsep politik Anwar sehingga ada semacam deklarasi bahawa
warga besar ABIM wajib bersama Anwar.
Pendedahan : Bimbang Liberal Pembangkang!
Fahaman liberal ini boleh diumpamakan seperti penyakit kanser
pemikiran yang sudah mencapai tahap tinggi iaitu tahap empat. Sebab
dikatakan begini kerana dalam pemikiran liberal terdapat
sekurang-kurangnya empat virus pemikiran yang sangat berbahaya.
Pertama adalah virus relativisme. Ia adalah satu virus pemikiran yang
membuat seseorang itu meyakini bahawasanya tidak ada kebenaran mutlak
termasuk kebenaran agama.
Semua kebenaran bersifat relatif. Maka dia akan beranggapan semua
agama sama, semua agama benar, semua agama sama-sama menuju syurga dan
semua agama tidak ada perbezaan. Akibat virus relativisme yang ada dalam
pemikiran seseorang, akhirnya orang itu bersikap menjadi pluralisme.
Khalid Samad 'Naik Angin'...
Khalid Samad, calon Pas kerusi Parlimen Shah Alam kelihatan cuba
menyalahkan pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Mohd. Jaafar Atan di
Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam Sabtu lepas.
Ini berlaku apabila pengumuman namanya oleh Mohd. Jaafar di
pekarangan dewan itu tidak disahut langsung dengan laungan 'takbir' atau
sorakan daripada para penyokongnya sendiri. Tetapi sorakan sokongan
daripada para penyokong BN kepada saingannya, Zulkifli Noordin lebih
ketara.
Tuesday, 23 April 2013
Terbongkar : Pakatan Sebenarnya Tidak Sepakat!
PR
dijangka akan manipulasi isu calon UMNO/BN yang bertanding bebas di beberapa
kerusi. PR
bertanding di 7 kerusi sesama sendiri membuktikan bahawa PR tiada kesepakatan
dalam kerjasama selama ini.
Pergelutan
kerusi sebenarnya bermula sejak 2011 sebagaimana transkrip emel yang didedahkan
semalam. Perebutan sesama sendiri petanda Pakatan akan rebah dalam PRU13.
Pengikut PKR Hampa Dengan Anwar!
Anwar
Ibrahim tipu penyokong sendiri apabila gagal membawa lelaki miripnya yang
dikatakan ditahan di Thailand. Ini bukan pertama kali PKR mendakwa wujud
lelaki mirip Anwar Ibrahim malah sejak 2011 lagi Chegubard dan PKR menjaja
kononnya sudah mengenal pasti identiti lelaki mirip Anwar Ibrahim.
Tujuan
sebenar cerita ini ditimbulkan untuk mencipta persepsi konon video tersebut
tidak melibatkan Anwar Ibrahim. Malah lelaki yang didakwa mirip Anwar Ibrahim
juga tidak menyerupai Anwar.
Teresa Kok Semakin Tergugat!
Teresa Kok
melalui laman facebook menuduh SPR berat sebelah kerana memberikan jaket kepada
Nicole Wong untuk menutup logo BN.
Rata-rata
komen yang ditinggalkan menuduh SPR menggunakan taktik kotor kerana tetap
menerima pencalonan Nicole Wong walaupun Teresa membantah kerana memakai baju
berlogo BN.
Namun, Teresa
Kok perlu juga sedar dengan menyiarkan gambar Kit Siang juga memakai baju
berlogo parti ketika penamaan calon tadi.
Ordinan
Pilihan Raya tidak melarang hari penamaan calon yang memakai pakaian parti ke
dalam pusat penamaan calon, Ordinan Pilihan Raya hanya melarang sebarang logo
parti politik dipakai pada hari pengundian.
Monday, 22 April 2013
Panas : Kit Siang Jual Air Mata...
Lim Kit Siang dalam sidang akhbar
yang diadakan tengahari 19 April menitiskan air mata kerana menuduh ROS, BN
& SPR mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.
Usaha DAP & Pakatan Rakyat untuk
menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh pihak lain dengan perbuatan
sabotaj memang sudah dijangka.
Anwar Dilanda Sindrom Takut!
Ramai
yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang
terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang
dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang
akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan
datang.
Masakan
tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada
titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan
masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum
ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran
pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.
Bila Tun Mahathir Berbicara...
Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya tindakan tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kerana wang atau tekanan pihak-pihak tertentu.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, sebagai ahli akademik, sudah pasti Dr. Sidek lebih mempercayai kebenaran hasil kajian yang dilakukan sendiri berhubung pelbagai hal yang diperkatakan mengenai Anwar selama ini.
Bagaimanapun, beliau juga percaya parti pembangkang akan berbuat apa sahaja bagi menidakkan pandangan dan pendapat tokoh akademik itu.
Satu Analisis : Pilih Parti Atau Calon?
Pengundi perlu sedar dalam menubuhkan kerajaan pusat dan negeri, hanya parti politik yang menang kerusi majoriti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja boleh berbuat demikian dan bukannya calon.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sehubungan itu pengundi tidak sepatutnya mengambil faktor calon sahaja dalam membuat keputusan.
"Pengundi kena ingat, kalau undi calon Bebas, ia hanya memenuhi kehendak dan selera calon itu sahaja," katanya pada majlis penyampaian program Peningkatan Hasil Pertanian Peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Langat hari ini.
Sunday, 21 April 2013
Panas : Bila Keputusan Anwar Ditentang PAS..
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai "Chegubard" sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan Pas.
Katanya, pertembungan calon PKR dan Pas di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.
Panas : Kit Siang Aibkan UMNO!
Kehadiran Naib Presiden Pas, Salauddin Ayub dan Penasihat DAP dalam ceramah politik di Taman Pulai Utama, Nusajaya dekat sini malam tadi gagal menarik minat orang ramai apabila tidak lebih 200 orang sahaja menghadirinya.
Ceramah oleh Salahuddin yang juga calon Pas bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan puji-pujian kepada diri sendiri.
Panas : Inilah Yang Terjadi Bila Tidak Sehaluan!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh penamaan calon hari ini.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi DUN ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.
Saturday, 20 April 2013
Mengapa Team Anwar Ibrahim Perlu Diketepikan!
Negara perlu kerajaan stabil, pencapaian mantap, ada pengalaman memerintah
Barisan Nasional (BN) menggariskan enam faktor mengapa rakyat perlu terus memilih parti itu untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memburu impian dan harapan rakyat serta negara.

Harapan Anwar Ibrahim Bakal Terkubur!
Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?
Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.
Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.
BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.
Sudut Pandang PRU : Mandat 2013 Untuk Apa?
Selepas
sekian lama menunggu, tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sudah diumumkan
selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen pada 3 April
2013.
Maka, 20 April 2013, sudah ditentukan sebagai hari penamaan calon
manakala 5 Mei 2013 pula hari pengundian. Seramai 13.3 juta pengundi berdaftar
dalam pemilihan 222 kawasan Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di
seluruh negara kecuali Sarawak.
Siapakah
yang akan mendapat mandat kali ini di peringkat Parlimen dan negeri-negeri? Apakah
matlamat mandat itu diberikan kepada parti dan calon? Siapakah yang boleh
menjadi penentu kepada faktor penarik dan penolak dalam konteks PRU?
Friday, 19 April 2013
Macam-Macam Ragam Anwar Ibrahim!
Pada 12
April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times
menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Beberapa
persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar
mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.
Analisa : Melayu Wajib Baca!
Pilihan raya sepatutnya mengingatkan kita pada cerita-cerita teladan dalam sastera lisan orang Melayu. Dalam cerita jenaka Melayu, terdapat watak-watak seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Nujum Pak Belalang dan Si Luncai yang sama ada bodoh, cerdik atau penuh muslihat – diceritakan dengan penuh jenaka tapi tebal dengan sindiran.
Pak Pandir begitu bebalnya hingga tidak tahu membezakan air panas mendidih dan rapuhnya ranting. Pak Kadok menukar ayam sabungnya dengan ayam raja tetapi apabila ayam raja menang, dia bersorak hingga bertelanjang bulat. Lebai Malang jujur tetapi tidak cerdik. Pak Belalang cerminan klasik manusia yang mencapai kedudukan tinggi berbekalkan hanya air liur dan muslihat. Si Luncai nampak hodoh tetapi otaknya bergeliga.

Cerita-cerita moral seperti ini sebenarnya cerminan diri kita sendiri – nilai, minda, psyche, sikap, hati budi, semangat, maruah dan banyak lagi. Sepatutnya sewaktu pilihan raya kita menilai diri di samping menanyakan kejujuran dan ketelusan. Juga menjengah ‘keMelayuan’ kita.
Thursday, 18 April 2013
Perangai Anwar Dibongkarkan!
Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Malah menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR telah keluar parti tersebut.
Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telahtinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudahmula menjadi “musuh”nya.
Motive Behind Assistance From Foreign Party For Pakatan Rakyat!
The
expose regarding the help given by Malaysia's neighbouring country's political
party, People’s Action Party (PAP), Singapore towards Malaysian Opposition is
not a new thing. That is why, when the media revealed DAP's organized
assistance for PR in facing GE-13, many are not shocked.
However,
PAP's help towards PR, especially DAP this time around is much bigger and open,
up to the point where Singapore Government announced 2-days special holiday on
May 3, Friday and May 6, Monday in conjunction of election day on May 5,
Sunday.
Terkini : Anwar Semakin Goyang!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berhadapan dengan laluan sukar di kubu sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila Barisan Nasional (BN) mencalonkan bekas pemimpin Pas, Dr. Mazlan Ismail sebagai lawan beliau di Parlimen Permatang Pauh.
Dengan
berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam Pas, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas
negeri berusia 53 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan untuk merampas kerusi
berkenaan daripada Anwar.
Bercakap
kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN Pulau Pinang di sini hari
ini Mazlan berkata, beliau optimis untuk meraih kemenangan di Permatang Pauh
yang disifatkan bukan tanah asing buatnya.
Wednesday, 17 April 2013
Kit Siang Oh Kit Siang!
Dalam
suasana politik demokrasi, seorang wakil rakyat yang baik pasti disayangi oleh
rakyat di kawasannya dan beliau juga pasti berat hati untuk bertanding di
tempat lain kerana tindakan itu akan dilihat seperti mengabaikan rakyat
kawasannya.
Justeru, wakil rakyat yang
baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan
mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan
tersebut.
Panas : Bagaimana Kalau PM Kita Biseksual?
Awang
terpanggil mengulas laporan khas bertajuk Gay Marriage Already Won dalam
majalah Times terbitan 8 April lalu yang berkisar kepada isu perkahwinan
sejenis.
Pada 2008, tiada calon Presiden AS menyokong perkahwinan sejenis.
Bagaimanapun pada tahun lalu, Barrack Obama dan Mitt Romney terang-terangan
memberikan sokongan.
Di
peringkat Kongres juga menyaksikan sebahagian senator berubah fikiran.
Perubahan itu turut tergambar pada rakyat AS. Kajian Pew Research Center
baru-baru ini mendapati, satu daripada tujuh orang dewasa di AS mengaku
bantahan mereka kini bertukar menyokong.
Anwar Naik Angin Dengan Transformasi Najib!
Senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) telah diketahui selepas pengerusi perhubungan negeri mengumumkan calon bagi negeri masing-masing.
Namun pengesahan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 33 peratus calon bagi Parlimen dan 49 peratus calon Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah muka baharu.
Dengan perkataan lain, hampir separuh daripada calon-calon lama akan digugurkan kali ini, sekali gus membuktikan bahawa BN benar-benar telah melaksanakan transformasi.
Analisa PRU13 : Dosa, Pahala, Syurga Dan Neraka!
Debaran
siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) telah terjawab. Berapa
ramaikah bekas Yang Berhormat akan dikekal atau digugurkan juga telah dijawab.
Beberapa muka baru juga telah dikemukakan.
Kita juga
telah tahu sama ada nama-nama yang meniti di bibir orang politik di seluruh
negara yang kononnya akan dicalonkan hanya sekadar spekulasi atau kenyataan.
Bagi yang
dipilih semula, selamat berjuang. Kepada yang menaruh harapan tetapi tidak
terpilih diharapkan dapat sama-sama turun padang membantu calon pilihan pucuk
pimpinan. Bersabar, jangan merajuk dan kecewa.
Ingat kata-kata Perdana Menteri,
Najib Tun Razak, kalau kecewa pun, cukuplah sehari, kemudian kembali ke
gelanggang. Seperti diselak minggu lalu, ingatlah juga ikrar setia di Dewan
Merdeka semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu. Utamakan kemenangan parti.
Guan Eng Dimalukan Dan Memalukan!
Krisis
pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semakin panas dengan parti itu
kelihatan belum dapat mencari penyelesaian.
Ada
banyak perkara terus menjadi tanda tanya daripada soal jemputan kepada ahli
yang layak mengundi hinggalah kepada isu penyelewengan atau kesilapan kiraan
undi. Awang
juga hairan mengapa Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa campur tangan
kebelakangan ini.
Sepatutnya
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang harus bertanggungjawab untuk
menyelesaikan segala permasalahan.
Panas : Mustafa Ali Tutup Malu Cara Kotor!
Setiausaha
Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus mengecam UMNO dan Barisan Nasional (BN)
tetapi bukan berkaitan video seks yang dikatakan mirip beliau, sebaliknya dalam
soal tragedi 13 Mei.
Mustafa
mendakwa, UMNO dan BN menggunakan sentimen 13 Mei itu untuk menggugut rakyat,
kononnya akan berlaku rusuhan jika pakatan pembangkang memerintah selepas
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Anwar Ibrahim Ditelanjangkan Lagi!
Tokoh akademik dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tidak terkejut dengan pendedahan beberapa blog mengenai aset bapa Ketua Pembangkang, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
Menurut Sidek, ini adalah kerana beliau sedia maklum tentang kekayaan serta pemilikan saham, selain pelantikan Ibrahim sebagai ahli lembaga dalam berpuluh syarikat.
Subscribe to:
Posts (Atom)