Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday, 6 August 2013

Naklakaruppan Bakal Telanjangkan Anwar!

Peguam, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Senator Datuk S. Nallakaruppan merayu keputusan terdahulu yang mendapati beliau bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 sebagai peluang untuk mengembalikan kes itu ke mahkamah.

Tambahnya, anak guamnya yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) perlu diberi peluang untuk ‘menceritakan kisahnya’ di mahkamah.

“Bagaimanapun tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Nallakaruppan memfailkan permohonan untuk merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan pembelaannya dalam saman difailkan oleh Anwar.

Lim Guan Eng Digesa Berundur!

Lim Guan Eng digesa segera berundur daripada jawatan Setiausaha Agung DAP selepas dikatakan gagal mengendalikan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Guan Eng juga dilihat gagal menjawab beberapa isu termasuk dakwaan terdapat 547 perwakilan 'haram' yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat pemilihan itu.

"Kini ramai ahli DAP sendiri sudah muak dengan sikap angkuh beliau serta tipu dusta yang digunakan untuk menarik sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Taktik pembohongan yang digunakan Guan Eng untuk kekal berkuasa itu tidak boleh dibiarkan dan adalah lebih baik untuk beliau melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung dan juga Ketua Menteri secara baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Janji DAP Bukan Janji Ditepati!

DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana itu keputusan terbaik, mencerminkan permintaan akar umbi DAP.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, langkah itu juga menunjukkan ketulusan kepimpinan DAP berpegang pada janji mereka kepada umum untuk melaksanakan apa juga keputusan yang diumum oleh ROS.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, Abdul Rahman turut menjelaskan semua perkara berhubung pertubuhan diurus berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan ROS membuat keputusan berpandukan penjelasan yang diberi oleh pihak terlibat.

Akhirnya Anwar, Karpal Yakin Kewibawaan Polis!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...