"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Tuesday, 14 May 2013
Bila Orang Melayu Dikhianati!
Satu sifat unik orang Melayu yang sering diungkap oleh pengkaji Barat
adalah mereka akan 'mengamuk' kalau tersepit atau apabila tidak dapat
memendam perasaan marah.
Itu dapat dilihat apabila kaum Melayu yang disifatkan British sebagai lembut, lurus dan mudah patuh kepada arahan menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946 bagi menentang gagasan Malayan Union.
Gagasan itu bertujuan mengubah status Tanah Melayu daripada negeri dilindungi oleh British dengan raja-raja Melayu masih menjadi ketua negeri kepada tanah jajahan mutlak yang diperintah secara langsung oleh British.

Wajib Baca : Benarkah 5 Mei Hari Pengkhianatan!
Akhbar Utusan Malaysia ada membuat tajuk "Apa
Lagi Yang Orang Cina Mahu?" pada laporannya terhadap PRU-13. Kerana
kajian Utusan mendapati undi orang Cina ketara dan terlalu jelas sudah
lari kepada Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) terutamanya kepada DAP.
TC (The Chulan) berpendapat tajuk yang lebih sesuai ada lah "Apa lagi
Yang Orang Cina Belum Dapat?" - itu rasanya tajuk dan persoalan paling
sesuai.
Jika sesiapa terasa pedih pada persoalan dan menganggap soalan itu sebagai serangan perkauman, maka sahlah otaknya harus diperiksa. Soalan memerlukan jawapan dan bukannya kemarahan, yang marah pastinya sudah tersepit tidak boleh menjawab soalan.

Wajib Lihat : Janji Anwar Ibrahim...
Rasanya ini bukan janji tetapi saya yakin ianya adalah Manifesto Anwar Ibrahim.. Kerana apa, kerana manifesto bukan janji.. He..He..
Anwar Oh Anwar! Kerana jawatan PM, hancur negara ni kau buat ye!!!
Apa Saham PAS Dalam Pakatan Pembangkang?
Pada hemat saya soalan "Apa lagi Cina mahu?" wajarlah ditambah dengan satu soalan lain: "Apa sebenarnya yang Pas mahu?" Tetapi sebelum melanjutkan perbincangan tentang "apa yang Pas mahu" itu, sorotan yang lebih objektif dan seimbang wajar dilakukan untuk memahami latar belakang dan kemunculan soalan "apa lagi Cina mahu?" yang kononnya menyinggung perasaan sebahagian orang Cina tetapi enggan memahami perasaan dan sebab musabab kenapa sebahagian orang Melayu sampai bertanya begitu.
Soalan itu telah diangkat menjadi tajuk berita dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu, dua hari selepas selesainya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Berbulan-bulan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan dan berminggu-minggu sebelum hari mengundi, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan berbagai perkara untuk menawan hati masyarakat Cina, sama ada melalui arahan administratif atau dalam peruntukan segera atau dalam bentuk janji dan perakuan.
Kit Siang Bermain Api!
Sudah sampai masanya kaum Cina mengambil iktibar yang serius daripada keputusan PRU-13. Pada PRU-12 (2008), majoriti orang Cina menolak BN walaupun mereka menjadi kaum paling kaya dan menguasai ekonomi.
Pada PRU-13, masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk lebih percayakan DAP, yang memainkan sentimen perkauman yang sangat tebal. Tsunami Cina lebih besar kali ini.
Ada yang berpendapat bahawa pengundi Cina membuat silap percaturan setelah diyakinkan oleh DAP bahawa pakatan pembangkang mampu mendapat sokongan rakyat semua kaum bagi membentuk kerajaan.
Persoalannya apakah mahu persalahkan kepada DAP dan PKR sementara masyarakat Cina lepas tangan?
Subscribe to:
Posts (Atom)